MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 30 Mei 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 30 Mei 2025.
1. 29 penumpang terselamat, bas ekspres musnah terbakar di Lebuhraya PLUS
Seramai 29 orang penumpang termasuk pemandu bas ekspres terselamat setelah kenderaan yang mereka naiki musnah terbakar dalam kemalangan dengan sebuah motosikal di kilometer (km) 406 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, di sini, pada Khamis malam.
2. Hannah Yeoh menang saman fitnah, pensyarah Kamarul Zaman diarah bayar ganti rugi RM400,000
Mahkamah Tinggi hari ini membuat keputusann yang memihak kepada Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh, dan mengarahkan pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Kamarul Zaman Yusoff, membayar ganti rugi sebanyak RM400,000 berikutan kenyataan fitnah yang dibuatnya lapan tahun lepas.
3. Kelantan catat peningkatan kencing manis, kolestrol - Dr Dzulkefly
Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023 mendapati penyakit kencing manis dan kadar kolesterol dalam kalangan rakyat di Kelantan telah mencatatkan peningkatan melebihi indikator purata nasional.
4. Akaun WhatsApp Saifuddin Nasution digodam guna VPN luar negara - Polis
Suspek menghantar pautan URL kepada semua kenalan dalam aplikasi tersebut, tetapi tiada mangsa dilaporkan mengalami kerugian.
5. Kes Yusoff Rawther: PM Anwar tidak mohon kekebalan mutlak - Shamsul Iskandar
Ia adalah proses sah di sisi undang-undang bagi mendapatkan tafsiran terhadap persoalan perundangan yang kompleks dan signifikan.
6. Hina mahkamah: Keputusan komital Isham Jalil 1 Julai
Mahkamah menetapkan 1 Julai ini bagi keputusan permohonan Peguam Negara supaya Isham dikenakan tindakan sama ada dipenjara atau didenda kerana menghina mahkamah.
7. 13 individu sabotaj sistem komunikasi kerajaan, keselamatan ditahan SOSMA
Seramai 13 individu yang dipercayai cuba mensabotaj sistem komunikasi utama di Selangor dan Kuala Lumpur dengan mencuri kabel di laluan kritikal yang menyokong infrastruktur data kerajaan serta sektor keselamatan negara ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
8. Tengku Zafrul letak jawatan dalam UMNO, mohon sertai PKR
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Ketua UMNO Bahagian Kota Raja dan ahli UMNO.
9. Saya sudah ada 'plan' - Rafizi
Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memberi bayangan sudah mempunyai perancangan sebaik sahaja cutinya tamat pada 17 Jun depan.
10. Malaysia dilantik Presiden Perhimpunan UN-Habitat bagi penggal 2025-2029
Malaysia mencatat sejarah apabila secara rasmi dilantik sebagai Presiden Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN-Habitat) bagi penggal 2025 hingga 2029.