awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

13 individu sabotaj sistem komunikasi kerajaan, keselamatan ditahan SOSMA

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
30/05/2025
11:20 MYT
13 individu sabotaj sistem komunikasi kerajaan, keselamatan ditahan SOSMA
Kegiatan mencuri kabel di lokasi utama berpotensi besar menjejaskan penyelenggaraan perkhidmatan telekomunikasi serta infrastruktur komunikasi berkaitan, sekali gus mengancam ketenteraman awam. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Seramai 13 individu yang dipercayai cuba mensabotaj sistem komunikasi utama di Selangor dan Kuala Lumpur dengan mencuri kabel di laluan kritikal yang menyokong infrastruktur data kerajaan serta sektor keselamatan negara ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Ringkasan AI
  • Penahanan atas faktor keselamatan negara: Akta berkenaan membolehkan individu ditahan sehingga 28 hari tanpa perbicaraan bagi menjaga keselamatan negara.
  • Operasi membanteras kecurian kabel: Polis Selangor melancarkan Op Lusuh Mulia untuk menangani kecurian kabel yang boleh menjejaskan telekomunikasi dan ketenteraman awam.
  • Seruan kerjasama masyarakat: PDRM menegaskan komitmen membanteras jenayah serta menyeru orang awam bekerjasama bagi memastikan kestabilan dan keselamatan negara.

Akta itu membolehkan mereka ditahan sehingga 28 hari tanpa perbicaraan atas faktor keselamatan negara.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata kegiatan mencuri kabel di lokasi utama itu berpotensi besar menjejaskan penyelenggaraan perkhidmatan telekomunikasi serta infrastruktur komunikasi berkaitan, sekali gus mengancam ketenteraman awam.
"Tindakan mereka itu dilhat memberi risiko besar kepada keselamatan awam,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Tambah Hussein, kesemua mereka ditahan menerusi operasi khas dikenali sebagai Op Lusuh Mulia yang dilancarkan bagi membanteras kegiatan kecurian kabel di kawasan kritikal.
Hussein turut menegaskan komitmen Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membanteras jenayah yang boleh mengancam keselamatan negara serta kesejahteraan rakyat.
Beliau menyeru orang awam untuk terus bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam usaha mengekang sebarang bentuk jenayah yang boleh menjejaskan kestabilan dan keharmonian negara.
Topic Berkaitan
#Hussein Omar Khan
#SOSMA
#Polis Diraja Malaysia
#Curi Kabel
#Op Lusuh Mulia
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan