Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan membentangkan RMK13 hari ini – Ikuti perkembangan di sini
MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 16/06/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 16 Jun 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 16 Jun 2025.


1. Pekerja kedai cuci kereta parah, kereta dipandu terjunam dari tingkat tiga

Seorang pekerja sebuah kedai mencuci kereta parah selepas kenderaan pelanggan yang dipandunya melanggar tembok sebelum terjunam dari tempat letak kereta di tingkat tiga sebuah pangsapuri servis, di Jalan Klang Lama, petang semalam.



2. Flat ‘Jumanji’ : Usang di tengah kota, semak-samun subur, ‘mengundang’ ular, tikus…

Semak samun menyambut pandangan mata penulis tatkala memandu masuk ke medan kenderaan yang memisahkan empat blok pangsapuri enam tingkat Flat Kuchai Jaya, Seputeh, di sini.


3. Mayat tanpa identiti ditemukan tergantung di Felda Gunung Besout 2

Polis menemukan mayat tanpa identiti tergantung pada sebatang pokok dalam sebuah ladang kelapa sawit di Felda Gunung Besout 2, Trolak, dekat sini, petang semalam.


4. Kenaikan harga minyak tidak jejas subsidi RON95 - PM

Perdana Menteri Anwar Ibrahim beri jaminan bahawa subsidi RON95 kekal, meskipun harga minyak dunia meningkat akibat konflik Israel-Iran.


5. Tiga maut dalam serangan Iran ke atas Israel

Sekurang-kurangnya tiga individu disahkan maut dalam serangan peluru berpandu Iran yang terbaru menyasarkan kawasan tengah Israel.


6. Kereta kes penculikan Pamela Ling ditemui dekat sempadan Thailand

Salah sebuah kenderaan yang dipercayai digunakan dalam penculikan Datin Seri Pamela Ling ditemui berhampiran sempadan Thailand.


7. Akta Keselamatan Dalam Talian bakal dikuatkuasakan tidak lama lagi - Azalina

Malaysia bakal menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian 2024 dalam masa terdekat selepas ia diluluskan sepenuhnya di Parlimen dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.


8. MoU Grid Tenaga ASEAN dipertingkat tumpukan peraturan, keperluan teknikal - TPM Fadillah

Memorandum persefahaman (MoU) Grid Tenaga ASEAN (APG) yang dipertingkatkan, yang dijangka dimuktamadkan menjelang akhir tahun ini akan memfokuskan kepada penyeragaman peraturan dan kawal selia, menyelaraskan keperluan teknikal dan mewujudkan model kewangan.


9. Fadhlina selar pihak politikkan isu pergaduhan murid di Terengganu

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek hari ini menyelar sekeras-kerasnya tindakan segelintir pihak yang mempolitikkan insiden pergaduhan melibatkan dua murid di sebuah sekolah di Terengganu baru-baru ini.


10. Suhakam perlu kekal sebagai institusi berwibawa perjuang hak golongan rentan - Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) kekal sebagai institusi yang berwibawa dan progresif dalam memperjuangkan hak golongan rentan.




#berita pilihan #tempatan #kelapa sawit #media sosial