awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat tanpa identiti ditemukan tergantung di Felda Gunung Besout 2

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
15/06/2025
23:50 MYT
Mayat tanpa identiti ditemukan tergantung di Felda Gunung Besout 2
Polis menemukan mayat tanpa identiti tergantung pada sebatang pokok dalam sebuah ladang kelapa sawit di Felda Gunung Besout 2, Trolak, dekat Tanjung Malim, petang semalam.
TANJUNG MALIM: Polis menemukan mayat tanpa identiti tergantung pada sebatang pokok dalam sebuah ladang kelapa sawit di Felda Gunung Besout 2, Trolak, dekat sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan mayat itu dari orang awam yang sedang mencari lembu ternakannya kira-kira jam 5.13 petang.
Menurutnya, jarak tempat kejadian dengan jalan utama kira-kira 10 meter.
“Hasil siasatan di lokasi mendapati mayat tersebut ditemukan dalam keadaan tergantung tanpa pakaian, reput dan tidak menjumpai sebarang identiti,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Beliau berkata, pihak polis juga menemukan baju dalam wanita di dalam parit, sepasang selipar berwarna biru bersaiz 40 berhampiran lokasi kejadian dan di leher mayat terdapat thali, disyaki rantai ikatan perkahwinan kaum India.
Menurutnya, mayat telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sehingga keputusan bedah siasat diperolehi.
Sehubungan itu, katanya, pihak polis memohon kerjasama orang ramai yang kehilangan ahli keluarga, saudara mara, rakan atau kenalan, agar dapat tampil membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#mayat tergantung
#mayat tanpa identiti
#Felda Gunung Besout 2
#ladang kelapa sawit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan