awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
Presiden Filipina Marcos kata kesihatan semakin baik, doktor berikan penilaian positif
Sekatan perpindahan pemain Kelantan TRW ditarik balik - MFL
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keamanan, keharmonian masyarakat, prasyarat capai Maqasid Syariah - Mohd Na'im

Bernama
Bernama
28/06/2025
14:30 MYT
Keamanan, keharmonian masyarakat, prasyarat capai Maqasid Syariah - Mohd Na'im
Mohd Ma'im berkata murabbi ummah atau pembimbing masyarakat perlu memainkan peranan penting supaya lima teras utama Maqasid Syariah dapat dicapai sepenuhnya. - Gambar fail/Bernama
KUANTAN: Keamanan dan keharmonian dalam masyarakat ialah prasyarat penting untuk merealisasikan Maqasid Syariah serta memastikan kestabilan sesebuah negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.
Beliau berkata murabbi ummah atau pembimbing masyarakat perlu memainkan peranan penting supaya lima teras utama Maqasid Syariah, iaitu pemeliharaan agama, nyawa, akal, keturunan, dan harta dapat dicapai sepenuhnya.
"Kita tidak mahu masyarakat terus dimomokkan dengan agenda sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab menyebar fitnah, adu domba apatah lagi lebih ekstrem sehingga tahap saling mengkafirkan sesama umat Islam.
"Segala kesumat kebencian perlu dileraikan dengan nilai rahmah dan kasih sayang. Marilah kita bersama-sama membangunkan negara berasaskan nilai Islam dan peradaban tinggi," katanya ketika berucap pada program Jelajah MADANI Ulama dan Umara (JMUU) Zon Timur bersempena dengan Karnival Al-Falah MADANI di Masjid Jamek Beserah, di sini hari ini.
Beliau dalam masa sama turut menyeru murabbi umah untuk terus berganding bahu dengan pimpinan negara dalam mendidik dan membina masyarakat yang mengamalkan nilai hormat dan ihsan terhadap semua rakyat di negara ini.
Pada majlis itu, Mohd Na'im turut menyampaikan Anugerah Tokoh Imam Mithali, Anugerah Tokoh Guru Takmir Mithali dan Anugerah Tokoh Guru KAFA Mithali kepada sembilan penerima yang terpilih bagi negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu.
Setiap penerima anugerah membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM1,000 seorang dan sijil penghargaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Maqasid Syariah
#KAFA
#fitnah
#adu domba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan