awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
PMKS perlu bersedia adaptasi ESG atau berisiko terpinggir dalam rantaian bekalan global - Ewon
MALAYSIA
Undang-undang AI perlu disegerakan - Timbalan Menteri Digital
DUNIA
Mahkamah Jerman putuskan 'coklat Dubai' mesti berasal dari Dubai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Lima rakyat Malaysia masih di Iran - Mohamad Hasan

Bernama
Bernama
28/06/2025
08:45 MYT
Sponsor Banner
Lima rakyat Malaysia masih di Iran - Mohamad Hasan
Mohamad berkata mereka telah menandatangani surat aku janji untuk kekal di Iran. - Gambar fail
REMBAU: Hanya lima rakyat Malaysia masih berada di Iran kerana pilihan sendiri, membabitkan empat pelajar dan seorang peniaga, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Ringkasan AI
  • Seramai lima rakyat Malaysia masih berada di Iran atas pilihan sendiri, terdiri daripada empat pelajar dan seorang peniaga, selepas menandatangani surat aku janji walaupun kerajaan telah menyelesaikan proses evakuasi pada 21 Jun lalu.
  • Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan memaklumkan bahawa Malaysia akan segera menjalinkan kerjasama dengan Indonesia untuk meneroka pembangunan ekonomi di kawasan sempadan maritim Ambalat secara damai dan saling menguntungkan.
  • Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia Prabowo Subianto hampir mencapai kata sepakat berhubung pembangunan bersama di Ambalat, dan kini menunggu jawatankuasa teknikal memuktamadkan bentuk kerjasama seperti model Teluk Siam.

Beliau berkata mereka telah menandatangani surat aku janji untuk kekal di Iran meskipun sebelum ini kerajaan menggesa supaya kesemua rakyat yang berada di sana meninggalkan negara terbabit berikutan konflik yang semakin meruncing.
"Proses evakuasi (membawa keluar) rakyat Malaysia di Iran selesai dan mereka kembali ke tanah air pada 21 Jun lepas, saya mengarahkan semua rakyat negara ini di Iran untuk pulang, kebanyakannya berada di Tehran. Namun, empat pelajar masih tinggal di sana, iaitu tiga di Qom dan satu di Esfahan manakala seorang lagi peniaga.
"Mereka telah menandatangani aku janji serta menyatakan terima kasih kepada kerajaan Malaysia dan Wisma Putra serta memilih untuk tinggal di sana ... tidak ramai rakyat Malaysia yang berada di Iran," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi Kaum Ibu Penajes kali ke-52 di sini hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan 24 individu termasuk rakyat Malaysia yang berada di Iran selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines melalui penerbangan MH781.
Daripada jumlah berkenaan, 17 daripadanya merupakan warga tempatan, enam warga Iran yang merupakan tanggungan kepada warga Malaysia dan seorang rakyat Singapura.
Sementara itu, Mohamad yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata Malaysia akan segera menjalinkan kerjasama dengan Indonesia bagi menerokai pembangunan ekonomi di kawasan sempadan maritim di Ambalat.
Beliau berkata walaupun kawasan terbabit masih dalam perundingan antara kedua-dua negara, Malaysia tidak mahu kawasan yang kaya dengan hasil bumi itu menjadi liabiliti dan terlepas begitu sahaja.
"Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia Prabowo Subianto hampir mencapai kata sepakat, sekarang tinggal bahagian jawatankuasa teknikal untuk segera kenal pasti cara untuk memuktamadkan supaya kedua-dua negara dapat nikmati apa jua hasil bumi di sana.
"Bentuk kerjasama yang akan dilakukan mungkin dari segi menerokai pembangunan bersama seperti dilakukan di Teluk Siam, Thailand, walaupun itu kawasan bertindih, tetapi pada masa sama kita ada persamaan untuk bangunkan kawasan itu," katanya.
Semalam, Anwar dan Prabowo menyatakan komitmen kedua-dua negara untuk mempercepat kerjasama strategik dalam pelbagai bidang, termasuk pembangunan bersama di wilayah sempadan maritim Malaysia dan Indonesia di Ambalat secara damai dan saling menguntungkan.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Konflik Iran-Israel
#rakyat Malaysia
#proses evakuasi
#Mohamad Hasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami