awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laporan hasil siasatan Putra Heights diumum Isnin - Amirudin

Bernama
Bernama
28/06/2025
04:00 MYT
Laporan hasil siasatan Putra Heights diumum Isnin - Amirudin
Amirudin berkata laporan berkenaan telah disiapkan semalam mengikut jadual yang ditetapkan dan berdasarkan makluman diterima jawatankuasa penyiasatan. - Foto fail/BERNAMA
SEKINCHAN: Laporan hasil siasatan insiden letupan saluran gas Putra Heights, di Subang Jaya akan dibentangkan kepada umum Isnin ini, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Beliau berkata laporan berkenaan telah disiapkan semalam mengikut jadual yang ditetapkan dan berdasarkan makluman diterima daripada jawatankuasa penyiasatan, ia telah sedia untuk dibentangkan pada hari berkenaan.
"Ia (laporan) telah sedia semalam, tetapi kita tidak boleh bentang kerana semalam cuti umum, jadi lebih baik ia dibuat pada Isnin ini.
"Kita akan buat secara umum, kita akan maklumkan nanti, selepas dah bentang kepada Kabinet kemudian kita akan beri (bentang) pula secara umum ... kita ikut proses," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program majlis pelancaran Pembangunan Fasa Pertama Kompleks Pendaratan Hasil Laut Sekinchan, di sini hari ini.
Sebelum ini, Pejabat Menteri Besar Selangor dalam satu kenyataan memaklumkan hasil siasatan teknikal insiden terbabit selesai pada 26 Jun mengikut jangkaan yang ditetapkan.
Insiden kebakaran pada 1 April itu mengakibatkan 81 rumah musnah sepenuhnya dengan kerosakan struktur melebihi 40 peratus, 81 separa musnah, 57 terkesan, tetapi tidak terbakar manakala 218 rumah tidak terjejas termasuk di Kampung Tengah, Puchong.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Putra Heights
#Amirudin Shari
#laporan hasil siasatan
#kebakaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan