MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 3 Julai 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 3 Julai 2025.
Dua lelaki maut manakala 16 yang lain cedera selepas bas persiaran yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan lori tunda jenis Volvo dan lori tangki di Kilometer 80.7 Lebuhraya PLUS arah selatan, Ayer Hitam awal pagi Khamis.
Hakim Besar Malaya, Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim akan menjalankan kuasa dan tugas jawatan Ketua Hakim Negara (termasuk fungsinya di bawah Perlembagaan) sehingga jawatan itu diisi.
Tiga suspek kes pembunuhan penuntut universiti swasta di Cyberjaya pada 24 Jun lepas, disambung reman tujuh hari lagi.
KPDN t memanggil syarikat makanan sejuk beku, Ramly Burger, susulan tular dakwaan mengenai kenaikan harga produk keluaran syarikat itu.
Orang ramai dinasihatkan supaya menghentikan normalisasi maksiat atas nama kebebasan peribadi, sebaliknya bangkit membina benteng akhlak dan rohani dalam diri.
Bermula Januari 2026, pegawai dan anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang obes atau gagal memenuhi Indeks Jisim Badan (BMI) yang ditetapkan, tidak akan dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat, kata Ketua Pesuruhjaya agensi itu Tan Sri Azam Baki.
Universiti Sains Malaysia (USM) melakar sejarah baharu di peringkat antarabangsa apabila saintis marin wanita merangkap Pengarah Pusat Kajian Samudera dan Pantai (CEMACS) Prof Datuk Dr Aileen Tan Shau Hwai dianugerahkan Anton Bruun Medal dalam satu majlis di Paris, Perancis baru-baru ini.
Persatuan sukan disaran supaya menyelesaikan segera sebarang isu dalaman yang mungkin timbul sebelum berlangsungnya temasya Sukan SEA 2025 di Thailand yang dijadualkan dari 9 hingga 20 Dis ini.
Laporan penuh kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India dijangka dibawa ke perhatian Jemaah Menteri selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami