awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Jurutera mengaku tidak bersalah minta suapan RM13,000
MALAYSIA
Laporan penuh tanah jerlus Jalan Masjid India dibawa ke Kabinet selewatnya akhir tahun
MALAYSIA
Insiden letupan gas Putra Heights: Siasatan dilakukan dengan bebas dan telus - MB Selangor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

[TERKINI]: Dua maut, 16 cedera, bas bawa 46 penumpang kemalangan dengan dua lori

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
03/07/2025
00:45 MYT
[TERKINI]: Dua maut, 16 cedera, bas bawa 46 penumpang kemalangan dengan dua lori
Bas berkenaan membawa 46 penumpang terdiri daripada 44 lelaki dan dua wanita ketika kejadian. - Foto JBPM
AYER HITAM: Dua lelaki maut manakala 16 yang lain cedera selepas bas persiaran yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan lori tunda jenis Volvo dan lori tangki di Kilometer 80.7 Lebuhraya PLUS arah selatan, Ayer Hitam awal pagi Khamis.
Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam, Pegawai Bomba Kanan (PBK II) Md Isa Masngun, pihaknya bersama BBP Yong Peng bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 12.44 tengah malam.
Jelasnya dalam satu kenyataan pada Khamis, bas berkenaan membawa 46 penumpang terdiri daripada 44 lelaki dan dua wanita.
“Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di lokasi, didapati dua penumpang lelaki bas berusia 43 dan 44 tahun tersepit dan disahkan maut di tempat kejadian.
“14 penumpang lelaki, seorang penumpang wanita serta pemandu bas cedera, sementara selebihnya iaitu 27 penumpang lelaki dan seorang wanita tidak mengalami sebarang kecederaan,” ujarnya.
Beliau berkata, pemandu lori tunda berusia 42 tahun dan pemandu lori tangki berusia 33 tahun turut selamat.
Menurutnya, pihak bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum semua mangsa yang cedera dihantar ke hospital menggunakan ambulans KKM serta dibantu jentera EMRS bagi rawatan lanjut.
Operasi dikawal sepenuhnya pada jam 3.02 pagi.
Topic Berkaitan
#Nahas
#bas persiaran
#lori tunda
#mangsa tersepit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami