awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kedah sasar lebih tujuh juta pelancong sempena TMM2026
VM2026: Malaysia perlu beralih daripada kuantiti kepada kualiti pelancong - MiTDA
Trump arah pengunduran Pengawal Negara dari Chicago, Los Angeles, Portland
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pegawai, anggota SPRM obes tidak layak dipertimbang naik pangkat mulai Januari 2026 - Azam Baki

Bernama
Bernama
03/07/2025
13:37 MYT
Pegawai, anggota SPRM obes tidak layak dipertimbang naik pangkat mulai Januari 2026 - Azam Baki
Azam berkata langkah tersebut diambil bagi menekankan kepentingan kesihatan dalam kalangan warga SPRM selain memastikan keterampilan dan kecergasan mereka sentiasa berada pada tahap terbaik. - Bernama
KOTA BHARU: Bermula Januari 2026, pegawai dan anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang obes atau gagal memenuhi Indeks Jisim Badan (BMI) yang ditetapkan, tidak akan dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat, kata Ketua Pesuruhjaya agensi itu Tan Sri Azam Baki.
Beliau berkata langkah tersebut diambil bagi menekankan kepentingan kesihatan dalam kalangan warga SPRM selain memastikan keterampilan dan kecergasan mereka sentiasa berada pada tahap terbaik.
"Ramai penjawat awam yang mempunyai masalah obesiti atau berat badan berlebihan. Bila lebih berat badan, ia menjejaskan keterampilan, kecergasan dan penyampaian kita kepada orang awam.
"Bayangkan kalau pegawai kerajaan ada masalah berat badan, sudah tentu tidak akan perform, tidak boleh membuat kerja dengan baik dan membawa pelbagai jenis penyakit," katanya dalam sidang media selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Pengarah SPRM Kelantan yang baharu Azmin Yusoff dan penyandang sebelum ini, Rosli Husain, di sini hari ini.
Azam berkata pekeliling berhubung perkara itu akan dikeluarkan pada minggu hadapan dan semua pegawai diberikan tempoh enam bulan untuk menguruskan kesihatan masing-masing.
"Terutama sekali kepada mereka yang mempunyai masalah berat badan supaya diturunkan, melainkan ada masalah kesihatan yang tidak boleh diselesaikan. Ini penting sebab jabatan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melaksanakan iaitu BMI tertentu perlu ada untuk kenaikan pangkat.
"Saya akan laksanakan di SPRM kerana kami juga badan beruniform dan penguat kuasa yang dilihat antara yang penting dalam negara ini. Saya nak memastikan pegawai SPRM sentiasa cergas dan boleh bekerja dengan cemerlang," katanya.
Beliau berkata maksimum BMI yang ditetapkan SPRM adalah 27 dan arahan pentadbiran dalaman akan dikeluarkan tidak lama lagi.
"Saya akan melaksanakan pelbagai program dalaman untuk mempromosikan penjagaan kesihatan. Sebelum ini, saya sudah umumkan setiap negeri untuk buat pemeriksaan kesihatan di hospital kerajaan setiap tiga bulan sekali.
"Pengarah-pengarah SPRM negeri dan pengarah-pengarah bahagian telah mengambil tindakan itu. Kalau ada masalah kesihatan cepatlah pergi uruskan, dapatkan rawatan dan ubah gaya hidup," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anggota obes
#SPRM
#kelayakan
#naik pangkat
#Azam Baki
#kesihatan
#kecergasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan