MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 7 Julai 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 7 Julai 2025.
1. Mayat enam beranak termasuk bayi yang dipercayai hilang ditemukan maut dalam kereta yang tenggelam dalam Sungai Korok
Bomba Kedah hari ini mengesahkan enam beranak yang dipercayai hilang sejak Sabtu lepas ditemukan dalam sebuah kereta jenis Proton Saga Iswara yang tenggelam dalam Sungai Korok, di sini.
2. Kemelut lantikan Ketua Hakim Negara: 9 Ahli Parlimen PKR gesa tubuh RCI
Sembilan Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini menggesa satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan berkaitan pelantikan Ketua Hakim Negara serta campur tangan dalam institusi kehakiman.
3. Asyraf Wajdi fail saman RM1 juta terhadap Papagomo, nafi salah guna dana MARA
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap personaliti media sosial, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, susulan dakwaan fitnah yang mengaitkannya dengan salah guna kuasa serta penyelewengan dana agensi tersebut.
4. Lima lagi mangsa bot karam di Belawai ditemukan meninggal dunia
Kesemua mayat lelaki dewasa itu ditemukan oleh orang awam dan pasukan penyelamat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari ketiga hari ini.
5. Misteri kehilangan: 'Mayat enam beranak ditemui berkumpul di tempat duduk belakang'
Enam sekeluarga termasuk seorang bayi yang ditemukan mati dipercayai berusaha untuk keluar dari kereta mereka yang terjunam ke dalam Sungai Korok di sini tapi tidak berjaya.
6. NUTP minta KPM tubuh jawatankuasa khas selesai isu beban tugas guru
NUTP menggesa Kementerian Pendidikan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menangani isu beban tugas guru secara menyeluruh dan tuntas.
7. SPRM mohon wang RM169 juta milik Ismail Sabri dilucutkan
SPRM telah memfailkan permohonan untuk melucutkan lebih RM169 juta wang tunai milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada kerajaan Malaysia di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin.
8. Sebar video seks: Lima termasuk kesemua empat isteri penceramah bebas direkod keterangan
Polis sudah merekodkan keterangan lima saksi termasuk kesemua empat isteri seorang penceramah bebas yang dikaitkan dengan penyebaran video seks memaparkan dirinya bersama wanita-wanita berkenaan serta gambar aib individu lain.
9. Purata 15 kes seludup bahan radioaktif direkodkan setiap tahun - Atom Malaysia
Atom Malaysia merekodkan purata 15 kes penyeludupan bahan radioaktif setahun, kebanyakannya dikesan di Pelabuhan Klang melalui Radiation Portal Monitor.
10. Malaysia tanggung kerugian RM7.5 juta dalam penipuan e-mel perniagaan sejak 2023 - Kaspersky
Malaysia mencatatkan lebih daripada RM7.5 juta kerugian dalam penipuan e-mel perniagaan (BEC) antara 2023 sehingga separuh pertama 2025, menurut Kaspersky.