MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 9 Julai 2025.
“Saya rindukan walid, umi dan adik-adik... tapi mereka semua dah tiada.” Itu luahan Putri Qisya Nur Izzat Mohamad Azim, 12, satu-satunya anak yang terselamat dalam tragedi menyayat hati di Sungai Korok, Jitra, yang meragut enam nyawa ahli keluarganya serentak.
Perdana Menteri mengesahkan isu tarif import 25 peratus oleh Amerika Syarikat (AS) yang diumumkan Presiden Donald Trump pada Selasa, akan dibangkitkan dalam pertemuannya dengan Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, esok.
Penugasan doktor lokum di Jabatan Kecemasan Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru bermula malam tadi sebagai inisiatif segera Kerajaan Negeri Johor bagi menangani isu kekurangan tenaga kerja dan jumlah pesakit yang banyak.
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan terdapat beberapa “garis merah” yang tidak akan dikompromi dalam rundingan melibatkan tarif timbal balas yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.
Bank Negara Malaysia (BNM) menurunkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus.
Suspek utama dan teman wanitanya yang juga merupakan rakan serumah kepada mangsa, Maniishapriet Kaur akan didakwa esok atas pertuduhan membunuh penuntut universiti swasta itu.
Keputusan Jabatan Peguam Negara menolak penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dan penglibatan Jawatankuasa Pilihan Parlimen dalam pelantikan hakim menimbulkan persoalan serius.
Fasa akhir perancangan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) sedang giat diperhalusi bagi memastikan agenda pembangunan desa terus diberikan perhatian dengan peruntukan sewajarnya, menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Tidak berlaku sebarang pencerobohan melibatkan pemaju atau mana-mana kontraktor sehingga menyebabkan insiden letupan saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya pada 1 April lepas.
Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) meminta polis menjalankan siasatan sewajarnya terhadap ugutan serta ancaman kepada penunggang basikal sehingga ada hantaran di media sosial yang menghasut pengguna jalan raya supaya melanggar mereka secara sengaja.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami