MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 13 Julai 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 13 Julai 2025.
1. Buang bayi di bahu jalan, remaja lelaki 17 tahun direman dua hari bantu siasatan
Bayi berkenaan yang masih bertali pusat ditemui orang awam di Lorong Cempaka Indah 39, Taman Cempaka Indah, jam 9.55 pagi.
2. Tragedi Sungai Korok: KPM ambil tanggungjawab pantau tahap psiko emosional Putri Qisya
Putri Qisya ketika ini belum memulakan sesi persekolahan secara sepenuhnya memandangkan kanak-kanak itu masih dalam peringkat pemulihan emosi.
3. Sambutan Minggu Perpaduan 2025 tawar diskaun saman hingga 50 peratus
Antara tarikan utama adalah tawaran diskaun saman dari 30 sehingga 50 peratus oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).
4. Tun M keletihan, sedang berehat di IJN
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini sedang berehat di Institut Jantung Negara (IJN) selepas mengalami keletihan pagi tadi.
5. Titah Adendum: Pemuda UMNO desak laksana segera
Pergerakan Pemuda UMNO menggesa agar Titah Adendum membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaksanakan serta-merta tanpa sebarang alasan atau dolak-dalik.
6. Tak puas hati campuri masalah keluarga didakwa punca Shila Amzah diserang - Polis
Rasa tidak puas hati kerana mencampuri masalah keluarga dipercayai punca selebriti Shila Amzah diherdik oleh seorang penyanyi legenda tempatan ketika sesi latihan konsert baru-baru ini.
7. Hanya seorang rakyat Malaysia terkorban dalam tragedi feri karam di Selat Bali - Mohamad
Hanya seorang rakyat Malaysia yang terkorban dalam tragedi feri karam di Selat Bali, Indonesia lewat malam 2 Julai lepas, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
8. Pasangan suami isteri ditahan, dadah RM3.1 juta disorok dalam peket kacang gajus
Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah menggunakan peket kacang gajus selepas menahan sepasang suami isteri warga tempatan dan merampas pelbagai dadah dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan RM3.1 juta Jumaat lepas.
9. Tapir 'penyeri' Taman Agroteknologi MARDI Cherating mati dirempuh MPV
Seekor tapir jantan yang sering kelihatan di Taman Agroteknologi MARDI Cherating mati selepas dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di KM35 Jalan Kuantan-Kemaman di sini, tengah malam tadi.
10. Strategi gabungan PH-BN mampu raih kemenangan besar PRN Sabah
Strategi gabungan antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dijangka mampu menghasilkan kemenangan besar berdasarkan dapatan daripada pilihan raya terdahulu.