MALAYSIA
Hanya seorang rakyat Malaysia terkorban dalam tragedi feri karam di Selat Bali - Mohamad

Fauzey Awang, 55 tahun, disahkan sebagai satu-satunya warga Malaysia yang terkorban dalam tragedi feri karam di Selat Bali. - Gambar fail/Polis Banyuwangi
BANTING: Hanya seorang rakyat Malaysia yang terkorban dalam tragedi feri karam di Selat Bali, Indonesia lewat malam 2 Julai lepas, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Ringkasan AI
- Seorang Rakyat Malaysia Terkorban: Fauzey Awang, 55 tahun, disahkan sebagai satu-satunya warga Malaysia yang terkorban dalam tragedi feri KMP Tunu Pratama Jaya yang karam pada 2 Julai 2025.
- Jenazah Dikebumikan di Indonesia: Allahyarham yang berasal dari Terengganu selamat dikebumikan di Jawa Timur, memenuhi hasrat terakhirnya untuk disemadikan berhampiran makam gurunya dan isterinya di Indonesia.
- Operasi SAR Masih Diteruskan: Feri membawa 65 penumpang dan 22 kenderaan. Setakat ini, 47 mangsa telah dikenal pasti (30 terselamat, 17 terkorban), manakala beberapa lagi masih hilang dan operasi mencari masih dijalankan oleh pihak berkuasa Indonesia.
Sementara itu, Mohamad berkata mana-mana pihak boleh menyalurkan bantuan berkaitan bagi memudahkan urusan keluarga mangsa.
Pada 11 Julai lepas, media melaporkan seorang rakyat Malaysia, Fauzey Awang, 55, disahkan antara tiga mangsa yang ditemukan maut di perairan Pantai Perancak, Bali susulan tragedi feri Tunu Pratama Jaya yang karam 2 Julai lepas.
Jenazah Allahyarham yang berasal dari Terengganu selamat dikebumikan di Jawa Timur pada malam Jumaat, memenuhi hasrat terakhirnya untuk disemadikan berhampiran makam gurunya dan berdekatan dengan isterinya di Indonesia.
Fauzey yang bekerja di Malaysia dilaporkan sering berulang-alik ke Indonesia setiap tiga bulan untuk bertemu isterinya.
Feri yang dinaikinya membawa 65 penumpang dan 22 kenderaan sebelum karam di perairan Selat Bali pada malam 2 Julai, kira-kira 30 minit selepas berlepas dari Pelabuhan Ketapang, Banyuwangi menuju ke Bali.
Setakat Jumaat, seramai 47 orang telah dikenal pasti, membabitkan 30 mangsa terselamat dan 17 terkorban.
Beberapa orang lagi masih hilang, ketika operasi mencari dan menyelamat diteruskan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami