MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 21 Julai 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 21 Julai 2025.
1. Kes Zayn Rayyan: Bapa lepas, ibu diperintah bela diri
Ismanira Abdul Manaf, diperintah untuk membela diri selepas mahkamah mendapati terdapat kes prima facie terhadapnya.
2. Anwar cabar pembangkang bawa usul undi tidak percaya
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak menghalang sebarang perhimpunan atau kritikan terhadap kepimpinannya, termasuk tuntutan supaya beliau meletak jawatan.
3. LKAN 2/2025: Tiga ketakteraturan serius didedah, libatkan Felcra, UKM, tentera darat
Ketua Audit Negara telah mengemukakan 22 syor audit kepada entiti berkaitan, dengan penemuan utama melibatkan tiga ketakteraturan serius.
4. Pelajar universiti mengaku tidak bersalah tikam leher bekas kekasih
Seorang pelajar universiti swasta warganegara China didakwa atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah dengan menikam leher bekas teman wanitanya.
5. Penghargaan luar biasa buat rakyat diumum esok atau Rabu - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penghargaan luar biasa kepada rakyat dijangka diumumkan pada esok atau Rabu ini.
6. Kes Zayn Rayyan: Ismanira nafi dakwaan ‘muka kosong’
Tertuduh Ismanira Abdul Manaf, menafikan dakwaan seorang saksi pendakwaan yang menyifatkan wajahnya kelihatan ‘kosong’ ketika siasatan awal dilakukan.
7. Risiko jerebu rentas sempadan di Sarawak meningkat
Sarawak berisiko dilanda jerebu dalam tempoh beberapa hari atau minggu akan datang sekiranya aktiviti pembakaran biojisim di luar sempadan, khususnya di Kalimantan, Indonesia, terus meningkat.
8. Op Metal: SPRM rakam keterangan 27 saksi, beku aset lebih RM332 juta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah merakam keterangan daripada 27 saksi susulan siasatan Op Metal membabitkan sindiket penyeludupan besi buruk dan sisa elektronik (e-waste) di lima negeri.
9. Kos sara hidup punca belia tangguh kahwin, bina keluarga - Noraini
Tekanan kos sara hidup menjadi faktor utama ramai belia menangguhkan perkahwinan serta mengambil keputusan untuk berkeluarga walaupun hasrat itu tetap ada, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Noraini Ahmad.
10. Pahang sedia tutup sekolah jika IPU cecah tahap sangat tidak sihat
Kerajaan Pahang bersedia menutup sesi persekolahan sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di negeri ini melepasi paras sangat tidak sihat.