MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 01/08/2025 | 15:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 1 Ogos 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 1 Ogos 2025.

1. AS turunkan tarif terhadap Malaysia kepada 19 peratus

Menurut White House, perubahan kadar tarif ini akan mula berkuat kuasa pada 7 Ogos.


2. Saifuddin tegas bedah siasat segera kenal pasti punca kematian Zara

Saifuddin menggesa agar siasatan terhadap kematian Zara Qairina Mahathir dijalankan secara telus dan adil, sambil menolak sebarang naratif yang boleh menjejaskan peluang keluarga mangsa mendapatkan keadilan.


3. Sri Pahang tidak sertai Liga Malaysia, titik mula fokus pembangunan akar umbi – Sultan Pahang

Persaingan bola sepak moden yang menggunakan pemain import sebagai tonggak utama pasukan memerlukan peruntukan kewangan yang tinggi.


4. Kematian Zara Qairina: Peguam dedah tiada bedah siasat, keluarga mohon gali semula kubur

Tiada bedah siasat dilakukan terhadap jenazah Allahyarham Zara Qairina Mahathir, 13, selepas remaja itu disahkan meninggal dunia pada 17 Julai lalu.


5. Mesyuarat GBC Thailand-Kemboja berlangsung di Kuala Lumpur Selasa ini

Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Am (GBC) antara Kemboja dan Thailand bagi menyelesaikan pertikaian sempadan kedua-dua negara akan diadakan di Kuala Lumpur pada Selasa ini.


6. Tarif Trump: Dakwaan Malaysia kompromi halal, beri akses eksklusif nadir bumi tidak benar

Seperti yang disebut sebelum ini, ada beberapa perkara yang Malaysia tidak akan berkompromi, khususnya kedaulatan serta dasar yang menyokong pertumbuhan sosioekonomi negara.


7. Vape bukan alat terapi berhenti merokok – Dr Dzulkefly

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menegaskan, rokok elektronik atau vape tidak sesuai dijadikan kaedah terapi untuk berhenti merokok dalam konteks di negara ini.


8. Rangka kerja tarif baharu perkukuh kerjasama AS, Malaysia - AmCham

Pengumuman kadar tarif baharu dapat memupuk kerjasama lebih erat yang akan menggalakkan peningkatan peluang pekerjaan serta pelaburan di antara Amerika Syarikat (AS) dengan Malaysia, kata Dewan Perniagaan Amerika-Malaysia (AmCham Malaysia).


9. Garis masa haramkan vape akan dibentang kepada Kabinet - Dr Dzulkefly

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, ia akan dinilai secara terperinci dengan mendapatkan pandangan atau cadangan daripada pakar berkaitan sebelum langkah selanjutnya diambil.


10. Penyerahan tentera Kemboja ditahan Thailand selesai dalam masa terdekat - Panglima ATM

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (PAT) Jen Tan Sri Mohd Nizam Jaffar yang diberikan tanggungjawab mengetuai pasukan pemantau gencatan senjata berkata penyerahan itu, sebahagian daripada komitmen Malaysia dalam memastikan pelaksanaan gencatan senjata berjalan lancar, termasuk melalui koordinasi antara negara-negara terlibat.



#berita pilihan #berita tempatan #berita dalam negara #Berita AWANI