awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKR laksana tiga kaedah penyenggaraan tangani isu jalan rosak, berlubang
NG MERS999 rangkul anugerah global 'Social PPP Project of the Year' di Istanbul
Maritim Malaysia perkasa infrastruktur dan aset, pastikan kedaulatan perairan terpelihara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rangka kerja tarif baharu perkukuh kerjasama AS, Malaysia - AmCham

Bernama
Bernama
01/08/2025
14:10 MYT
Rangka kerja tarif baharu perkukuh kerjasama AS, Malaysia - AmCham
DAS: Kami memuji kedua-dua pihak atas ketekunan dalam menjayakan rundingan yang kompleks ini. - Gambar fail/amcham.com
KUALA LUMPUR: Pengumuman kadar tarif baharu dapat memupuk kerjasama lebih erat yang akan menggalakkan peningkatan peluang pekerjaan serta pelaburan di antara Amerika Syarikat (AS) dengan Malaysia, kata Dewan Perniagaan Amerika-Malaysia (AmCham Malaysia).
Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Siobhan Das berkata tarif baharu ini menyediakan hala tuju yang tersusun bagi perniagaan untuk membina pelaburan strategik yang menyokong inovasi, mengukuhkan rantaian bekalan dan berusaha ke arah kemakmuran bersama.
"Kami memuji kedua-dua pihak atas ketekunan dalam menjayakan rundingan yang kompleks ini.
"AmCham Malaysia akan terus bekerjasama rapat dengan ahli-ahli kami, pihak berkuasa Malaysia dan rakan sejawat di AS bagi memupuk keterlibatan yang lebih mendalam serta memastikan hubungan perdagangan AS-Malaysia kekal kukuh, dinamik serta bersedia untuk masa depan," katanya dalam satu kenyataan.
Persatuan itu juga melihat kadar tarif terkini yang diumumkan sebagai satu langkah positif ke hadapan dalam mengekalkan daya saing negara di tengah-tengah ketidaktentuan global.
"Namun, kami juga mengakui iaitu kerja keras mesti bermula sekarang iaitu ketika kita bersama-sama menyesuaikan diri dengan persekitaran ekonomi baharu ini serta meneruskan strategi untuk terus memperkukuh hubungan dua hala yang saling menguntungkan dan menjadi asas kukuh selama lebih 60 tahun," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tarif AS
#Amerika Syarikat
#AmCham
#Siobhan Das
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan