MALAYSIA
Garis masa haramkan vape akan dibentang kepada Kabinet - Dr Dzulkefly

Dr Dzulkefly menegaskan KKM kini memberi fokus kepada penguatkuasaan Akta 852 bagi mengawal penggunaan bahan tembakau dan vape di tempat awam. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Garis masa yang sesuai untuk mengharamkan sepenuhnya penggunaan dan penjualan rokok elektronik atau vape akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri.
Ringkasan AI
- Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad akan membentangkan cadangan pengharaman sepenuhnya penggunaan dan penjualan vape kepada Jemaah Menteri selepas mendapatkan pandangan pakar.
- Beliau menegaskan bahawa larangan ini perlu dilaksanakan secara berhati-hati dengan mengambil kira aspek perundangan dan kesihatan awam.
- Kerajaan komited untuk melindungi kesihatan rakyat, khususnya kanak-kanak dan remaja yang semakin terdedah kepada penggunaan vape.
Dzulkefly berkata, pengharaman sepenuhnya penggunaan vape itu memerlukan masa dan ia perlu dilaksanakan secara teliti, dan bukannya tergopoh-gapah.
Jelasnya, perkara itu perlu mengambil kira pelbagai aspek seperti kesan perundangan dan kesihatan awam.
Beliau menambah, kerajaan amat komited dalam usaha melindungi kesihatan awam terutama golongan kanak-kanak dan remaja yang semakin terdedah kepada penggunaan vape
“Bukan soal jika, tetapi soal bila. Kita sudah ada peruntukan undang-undang melalui Akta 852.
"Namun untuk mengharamkan keseluruhan penggunaan vape termasuk sistem terbuka, kita perlukan dapatan saintifik, penilaian teknikal dan justifikasi dari pelbagai sudut.
“Selalu saya tegaskan bahawa kita tidak terburu-buru, tetapi bertindak secara berhemah dan berlandaskan bukti,” ujarnya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami