MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 9 Ogos 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 9 Ogos 2025.
1. Polis akan gali semula kubur Zara Qairina, keadilan sentiasa ditegakkan - Pengarah JSJ
Penilaian terhadap laporan mendapati terdapat keperluan mendapatkan maklumat dan bukti tambahan bagi melengkapkan siasatan kes kematian tersebut.
2. AB Rauf terima anugerah pencapaian sepanjang hayat HRD Asia
Pengiktirafan tersebut menjadikan Ab Rauf sebagai Ketua Menteri kedua di negara ini menerima anugerah berprestij itu.
3. Guru pondok perlu kuasai teknologi AI - PM Anwar
Kegagalan menguasai teknologi terkini dan AI, boleh menyebabkan institusi pondok tewas dalam menghadapi 'serangan baharu' yang menggantikan bentuk penjajahan masa lalu.
4. Proses gali kubur Zara Qairina dijangka jam 4 petang ini - Peguam
Proses tersebut boleh dijalankan hari ini selepas permohonan menggali semula kubur dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar sekitar pukul 1.30 tengah hari.
5. Kejayaan rundingan konflik Thailand-Kemboja berasaskan usaha kolektif- PM
Kejayaan rundingan perdamaian dan gencatan senjata dalam konflik sempadan Thailand-Kemboja merupakan hasil tanggungjawab pelbagai pihak, termasuk kepimpinan ASEAN.
6. Kematian Zara Qairina: Siasatan telus, tiada siapa dilindungi - PM
Perdana Menteri menegaskan siasatan berhubung kes kematian pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir di Sabah perlu dilakukan secara telus tanpa melindungi sesiapa.
7. Usia 19 tahun alami serangan jantung, NCD di Malaysia amat membimbangkan - Dzulkefly
Penyakit tidak berjangkit di Malaysia membimbangkan dengan kes serangan jantung termuda melibatkan pesakit berusia 19 tahun.
8. Dataran Merdeka dibanjiri peserta Himpunan Malaysia Bangkit Untuk Gaza
Perarakan itu bermula jam 5.30 petang dari tiga lokasi utama sekitar pusat bandar di Masjid Negara, Masjid Jamek Sultan Abdul Samad dan kompleks beli-belah Sogo.
9. Polis siasat insiden kibar Jalur Gemilang terbalik di Kepala Batas
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Anuar Abd Rahman berkata pihaknya dalam proses siasatan awal dengan merakamkan percakapan pengadu dan suspek yang terlibat dalam kejadian itu.
10. RMK13: Pelbagai projek berterusan bukti sokongan Persekutuan kepada Kelantan - MB
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim umumkan pelbagai projek pembangunan strategik untuk Kelantan dalam RMK13, termasuk loji rawatan air, industri pembaikan kapal, dan pengoperasian ECRL.