Terkini: Kes Kematian Zara Qairina – Ikuti Perkembangan di Sini
MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 17/08/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 17 Ogos 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 17 Ogos 2025.


1. Yang di-Pertuan Agong terima menghadap Ketua Polis Negara

Seri Paduka Baginda turut dipersembah maklum berhubung isu-isu semasa PDRM serta perkara berkaitan keselamatan negara.



2. JSJ Bukit Aman ambil alih kes anak Rafizi diserang

Polis minta orang ramai tampil beri maklumat, kerjasama awam penting untuk keadilan dan ketelusan siasatan.


3. Hati-hati naikkan Jalur Gemilang, lambang maruah negara - Dr Zaliha

Bendera Malaysia adalah lambang yang perlu diberikan keutamaan serta mampu menanamkan nilai kesedaran cinta akan tanah air dalam kalangan rakyat.


4. Kes Zara Qairina: Polis, MCMC tunggu maklumat TikTok - Fahmi

Pihak berkuasa dan MCMC sedang menunggu maklumat daripada TikTok dalam siasatan dakwaan seorang individu hadir pada proses bedah siasat jenazah Allahyarham Zara Qairina.


5. Sebutan kes inkues Zara Qairina jam 9 pagi esok - Peguam

Mahkamah Kota Kinabalu menetapkan sebutan inkues berhubung kes kematian Zara Qairina Mahathir, 13, akan diadakan pada jam 9 pagi Isnin.


6. Pelajar kolej ditemukan mati di rumah keluarga, disyaki dibunuh

Seorang pelajar wanita sebuah kolej disyaki dibunuh ditemukan tergantung pada kipas siling di ruang tamu tingkat dua rumah keluarganya di Subang Jaya.


7. Perselisihan faham DAP, Dr Akmal: ‘Semua pihak perlu patuhi undang-undang’ - Fahmi

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil, menggesa semua pihak agar menguruskan perselisihan antara DAP dan Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Salleh secara berhemah, tanpa mengambil tindakan di luar kerangka undang-undang.


8. Miliki cap keselamatan mencurigakan, wanita warga Indonesia ditahan di KLIA2 - AKPS

eorang wanita warga Indonesia ditahan kerana memiliki cap keselamatan yang mencurigakan, semasa melalui pemeriksaan imigresen di balai berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA2).


9. Nurul Izzah gesa tambah dana D11: “Anak Malaysia berhak hidup selamat”

Kerajaan digesa menambah peruntukan kepada Unit Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman dalam Belanjawan Oktober ini.


10. PGA rampas pelbagai jenis kayu bernilai lebih RM19 juta di Tanah Merah

Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas pelbagai jenis kayu membabitkan nilai lebih RM19 juta selepas melakukan pemeriksaan ke atas dua kilang kayu secara berasingan di Tanah Merah.



#berita pilihan #berita tempatan #berita Malaysia #Berita AWANI