awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cadangan had tempoh PM, elak kesan 'tepu' - Ahmad Zahid
Kerjasama dengan Pas: UMNO tidak mahu 'dipatuk ular sama kali kedua' - Ahmad Zahid
BN tolak 'tebuk atap', kekal bersama Kerajaan Perpaduan - Zahid Hamidi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Miliki cap keselamatan mencurigakan, wanita warga Indonesia ditahan di KLIA2 - AKPS

Bernama
Bernama
17/08/2025
10:30 MYT
Miliki cap keselamatan mencurigakan, wanita warga Indonesia  ditahan di KLIA2 - AKPS
AKPS memaklumkan individu terbabit kini ditahan di Depot Imigresen KLIA2, sebelum diserahkan kepada Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Selangor. - Gambar hiasan/Bernama
PUTRAJAYA: Seorang wanita warga Indonesia ditahan kerana memiliki cap keselamatan yang mencurigakan, semasa melalui pemeriksaan imigresen di balai berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA2), semalam.

Ringkasan AI
  • Seorang wanita warga Indonesia ditahan di KLIA2 kerana memiliki cap keselamatan mencurigakan pada pasport semasa pemeriksaan imigresen.
  • Siasatan mendapati tiada rekod rasmi keluar masuk negara melalui Sistem MyIMMs, walaupun wanita itu mendakwa masuk melalui Kompleks Sultan Abu Bakar, Johor.
  • Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63, dan AKPS sedang mengenal pasti dalang pemalsuan dokumen serta menegaskan usaha membanteras pelanggaran undang-undang imigresen akan terus dipergiat.

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dalam satu kenyataan memaklumkan hasil siasatan awal mendapati, wanita tersebut memasuki Malaysia melalui imigresen Kompleks Sultan Abu Bakar, Tanjung Kupang, Johor.
"Namun begitu, pemeriksaan lanjut melalui Sistem MyIMMs menunjukkan tiada sebarang rekod rasmi pergerakan keluar atau masuk bagi subjek sepanjang tempoh sehingga tahun ini.
Susulan itu, wanita berkenaan telah ditangkap kerana dipercayai dengan munasabah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63," menurut kenyataan itu.
Kenyataan AKPS itu memaklumkan individu terbabit kini ditahan di Depot Imigresen KLIA2, sebelum diserahkan kepada Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Selangor untuk siasatan dan tindakan lanjut.
Menurut kenyataan itu perkara tersebut akan disiasat lanjut bagi mengenal pasti dalang yang bertanggungjawab dan tindakan tatatertib akan diambil ke atas mana-mana pegawai yang terlibat.
AKPS juga menegaskan bahawa usaha membanteras pemalsuan dokumen perjalanan dan sebarang bentuk pelanggaran undang-undang imigresen akan terus dipergiat, bagi memastikan keselamatan serta integriti pintu masuk negara sentiasa terpelihara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#wanita warga Indonesia ditahan
#miliki cap keselamatan mencurigakan
#KLIA2
#pemeriksaan imigresen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan