awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes Zahid Hamidi: AGC sahkan keterangan tidak mencukupi, tiada tindakan lanjut
China haramkan eksport nadir bumi ke Jepun susulan ketegangan isu Taiwan
Stadium baharu di Thailand dikecam kerana trek larian bersudut tepat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar kolej ditemukan mati di rumah keluarga, disyaki dibunuh

Bernama
Bernama
17/08/2025
09:30 MYT
Pelajar kolej ditemukan mati di rumah keluarga, disyaki dibunuh
Menurut Wan Azlan, mangsa tinggal bersama kakak dan sepupunya, namun ketika kejadian pelajar itu berada di rumah seorang diri. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Seorang pelajar wanita sebuah kolej disyaki dibunuh ditemukan tergantung pada kipas siling di ruang tamu tingkat dua rumah keluarganya di USJ 2/1, Subang Jaya, dekat sini Khamis lepas.

Ringkasan AI
  • Seorang pelajar wanita kolej ditemukan meninggal dunia di rumah keluarganya di USJ 2/1, Subang Jaya dan disyaki dibunuh.
  • Bedah siasat mengesahkan punca kematian akibat cekikan manual, dengan kesan kecederaan pada tulang dan otot leher mangsa.
  • Polis menyiasat kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu daripada bapa mangsa pada 11.55 pagi yang menemukan anak perempuannya yang berusia lingkungan 20-an dalam keadaan sedemikian.
"Pemeriksaan awal di lokasi mendapati mangsa telah meninggal dunia dan bedah siasat dijalankan oleh pakar patologi Hospital Serdang.
"Punca kematian disahkan akibat pendarahan di sekeliling hyoid bone (tulang leher), manakala kecederaan pada otot dan tulang adalah kesan daripada manual strangulation (cekik)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mangsa tinggal bersama kakak dan sepupunya, namun ketika kejadian pelajar itu berada di rumah seorang diri.
"Rumah terbabit adalah milik keluarga dan tiada kehilangan harta benda dilaporkan," katanya.
Wan Azlan berkata setakat ini belum ada sebarang tangkapan dilakukan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dengan orang ramai dinasihati supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes itu.
"Mereka yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya di talian 03-78627100 atau Pegawai Penyiasat ASP Zainol Aazizi Abu Bakar di 013-3227632," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelajar kolej
#meninggal dunia
#disyaki dibunuh
#Subang Jaya
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan