awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga polis, seorang awam maut dalam insiden tembakan di Sibulan, Filipina
Legacy 30 Siti Nurhaliza: Antara nostalgia, kecekalan dan cita-cita baharu tiga dekad
MAIS ingatkan umat Islam tidak sertai aktiviti, tolak sebarang cubaan normalisasi budaya LGBT
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JSJ Bukit Aman ambil alih kes anak Rafizi diserang

Sinar Harian
Sinar Harian
17/08/2025
04:00 MYT
JSJ Bukit Aman ambil alih kes anak Rafizi diserang
Shazeli berkata orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini diminta menyalurkannya ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Siasatan kes serangan terhadap anak bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Mohd Rafizi Ramli diambil oleh Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Ringkasan AI
  • Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman ambil alih siasatan kes serangan terhadap anak bekas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, bagi siasatan lebih menyeluruh.
  • Mangsa berusia 12 tahun diserang dan disuntik oleh dua lelaki berpakaian hitam di pusat beli-belah ketika mahu masuk ke kereta bersama keluarga.
  • Polis minta orang ramai tampil beri maklumat, kerjasama awam penting untuk keadilan dan ketelusan siasatan.

Ketua Polis Selangor, Komisioner Datuk Shazeli Kahar berkata, penyerahan itu dibuat selaras dengan keperluan siasatan yang lebih menyeluruh dan berpusat.
"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini diminta menyalurkannya ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
"Kerjasama masyarakat amat dihargai demi memastikan keadilan dan ketelusan dalam proses siasatan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Pada Rabu, media melaporkan dalam kejadian pada jam 2 petang itu, anak Ahli Parlimen Pandan berusia 12 tahun itu, dserang dua individu yang menaiki motosikal.
Shazeli dilaporkan berkata, kejadian berlaku di tempat menurunkan dan mengambil penumpang di pusat beli-belah berkenaan.
Sementara itu, Rafizi dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan anaknya diserang dengan cara diheret dan disuntik dengan jarum suntikan di pusat beli-belah tersebut.
Rafizi berkata, kejadian berlaku ketika beliau, isteri dan anaknya mahu memasuki kereta untuk meninggalkan pusat membeli belah berkenaan.
Menurutnya, serangan tersebut melibatkan dua orang lelaki yang berpakaian hitam sepenuhnya dan bertopi keledar yang menutup muka keseluruhannya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Mohd Rafizi Ramli
#jsj
#Shazeli Kahar
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan