MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 Ogos 2025.
Antara menuntut keadilan buat mangsa dan melindungi pelaku - itulah cabaran besar yang dihadapi pengamal undang-undang apabila berdepan kes buli melibatkan kanak-kanak.
Genap tiga tahun berlalu sejak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dipenjarakan, beliau tampil meluahkan perasaannya menerusi sebuah penulisan berbentuk nukilan puitis yang dikongsikan kepada umum.
Setiap kelahiran pastinya direkodkan dengan catatan rasmi iaitu sijil kelahiran, sebuah dokumen penting yang menjadi bukti sah kepada identiti serta permulaan perjalanan hidup seseorang sebagai anggota masyarakat dan warganegara.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat merasmikan Laman Rel Mahkota, yang dibangunkan di bawah jajaran Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru.
Menteri Pendidikan Tinggi menafikan dakwaan kononnya 10,000 pelajar Bangladesh di Malaysia akan diberikan 'Graduate Pass' bagi membolehkan mereka bekerja di negara ini.
Beliau berasa segan apabila Malaysia terpaksa mempamerkan kapal perang lama dari tahun 1976 dalam Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) kerana ketiadaan aset baharu.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM200,000 bagi menyokong penganjuran Program RXZ Members 7.0 2025 yang berlangsung di Litar Permotoran Gong Badak, di sini selama dua hari bermula semalam.
Perjuangan membela Palestin bukan sekadar berlandaskan simpati, sebaliknya merupakan tanggungjawab moral dan spiritual umat Islam bagi menolak kezaliman daripada terus berleluasa, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah memulakan siasatan susulan laporan yang dibuat oleh Lembaga Tabung Haji (TH) berikutan penyebaran beberapa video berunsur fitnah serta hasutan di laman sosial.
Jalan raya di sekitar kawasan 'core island' Putrajaya akan ditutup kepada kenderaan persendirian mulai 6 petang 29 Ogos sehingga tamat perbarisan sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami