MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 04/09/2025 | 15:58 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 4 September 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 4 September 2025.


1. Mustahil untuk masukkan Zara Qairina ke dalam mesin basuh – Pakar Patologi

Seorang pakar patologi forensik yang menjalankan bedah siasat ke atas Zara Qairina Mahathir memberitahu Mahkamah Koroner bahawa adalah mustahil untuk memasukkan remaja berusia 13 tahun itu ke dalam mesin basuh.



2. 200 sekolah berasrama di bawah KPM akan dilengkapi CCTV

Sebanyak 200 sekolah berasrama di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di seluruh negara akan dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) dalam masa terdekat dengan peruntukan RM3 juta.


3. ATM rujuk kes anggota TUDM hilang ke Lembaga Siasatan

Kes kehilangan seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sejak 24 Ogos lalu sebelum ditemui selamat di Ampang akan dirujuk kepada Lembaga Siasatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).


4. Kecederaan Zara Qairina sepadan akibat jatuh, bukan dipukul - Pakar patologi

Seorang pakar patologi forensik yang menjalankan bedah siasat ke atas Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir memberitahu Mahkamah Koroner bahawa remaja berusia 13 tahun itu dipercayai sama ada melompat atau bergayut sebelum ditemukan tidak sedarkan diri berhampiran asrama sekolahnya pada 16 Julai lalu.


5. Bung Moktar nafi guna pengaruh dan jawatan peroleh wang RM2.8 juta

Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin menafikan di Mahkamah Sesyen bahawa beliau menggunakan pengaruh dan jawatannya bagi memastikan beliau dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, menerima wang RM2.8 juta berkaitan pelaburan Felcra Berhad dalam unit amanah Public Mutual Berhad.


6. Inkues Zara Qairina: Keterangan forensik perlu disokong pakar biomekanik - Peguam

Peguam keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir menegaskan keterangan saksi forensik perlu diperkukuh dengan kepakaran lain, termasuk biomekanik, bagi membantu mahkamah memahami punca sebenar kematian remaja berusia 15 tahun itu.


7. Inkues Zara Qairina: Prosiding bersambung Isnin, ahli kimia dan doktor hospital antara saksi dipanggil

Prosiding inkues kematian remaja, Zara Qairina Mahathir, akan diteruskan pada Isnin dengan mendengar keterangan beberapa saksi termasuk ahli kimia dan doktor perubatan dari Hospital Queen Elizabeth (QE).


8. Rakyat Malaysia di Indonesia perlu elak kunjungi lokasi demonstrasi, rusuhan - Mohamad

Rakyat Malaysia di Indonesia diminta supaya tidak mengunjungi kawasan panas yang dikenal pasti menjadi lokasi demonstrasi susulan rusuhan di beberapa tempat di negara itu sejak 28 Ogos lepas.


9. Delegasi Malaysia misi flotila Gaza kini berada di Menorca

Delegasi Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza kini berada di Kepulauan Menorca, Sepanyol, sementara menunggu ketibaan beberapa kapal lain yang berpatah balik berikutan masalah teknikal serta ribut yang melanda laluan mereka dua hari lepas.


10. Hampir tiga bulan dilaporkan hilang, remaja UK ditemukan selamat

Remaja warga United Kingdom, David Balisong, 17, yang dilaporkan hilang sejak tiga bulan lepas ditemukan dalam keadaan selamat di sebuah hotel di Jalan Pudu.




#berita tempatan #berita dalam negara #berita hari ini #Berita AWANI