MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 18 September 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 18 September 2025.
1. [LAPOR LANGSUNG] Inkues Zara Qairina: Perkembangan hari ke-9
Inkues kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, memasuki hari kesembilan pada Khamis dengan menyambung keterangan ketua warden asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Azhari Abd Sagap.
2. Kastam sita 32 kenderaan import bernilai lebih RM8.45 juta di KL
Sebanyak 32 kenderaan import pelbagai jenis bernilai lebih RM8.45 juta telah disita oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) baru-baru ini kerana melanggar syarat gudang berlesen.
3. Isu Kampung Sungai Baru: 'Utamakan kepentingan orang Melayu' - Sultan Selangor
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah agar pembangunan semula tanah di Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur dilaksanakan secara teliti dan berhemah dengan mengutamakan kepentingan orang Melayu.
4. Nahas Hornet TUDM: 'Bird strike' punca pesawat terhempas
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mendedahkan bahawa insiden pesawat pejuang F/A-18D Hornet yang terhempas pada 21 Ogos lalu berpunca daripada pertembungan dengan burung (bird strike).
5. Bekas akauntan kanan GISB didakwa 40 tuduhan pengubahan wang haram
Bekas akauntan kanan GISB Holdings Sdn Bhd, Mohd Khushairi Osman dihadapkan ke Mahkamah Sesyen selepas didakwa dengan 40 tuduhan pengubahan wang haram membabitkan wang berjumlah lebih RM3.8 juta.
6. Kampung Baru: Pembangunan tanpa korbankan maruah, kepentingan nasional - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menzahirkan pandangan berhubung latar sejarah, masa depan dan hala tuju pembangunan Kampung Baru.
7. Enam pulau di Mersing ditutup serta-merta
Semua aktiviti selam skuba, snorkeling dan lawatan ke enam pulau perairan sekitar daerah ini dihentikan berkuat kuasa serta-merta bagi memberi laluan kepada kerja pemuliharaan biodiversiti marin serta alam sekitar.
8. 'Ini bukan cara kita layan atlet' - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh tidak bersetuju dengan cara layanan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), yang mengenakan tindakan tunjuk sebab terhadap jaguh badminton para negara Cheah Liek Hou berhubung isu ganjaran kejayaan Sukan Paralimpik 2024.
9. Jenayah siber kini ancaman utama ASEAN - Saifuddin Nasution
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata Malaysia akan terus menjadi peneraju memastikan jenayah rentas sempadan ditutup rapat, dilindungi daripada ancaman baharu yang semakin mencabar.
10. Hubungan akrab Malaysia-Vietnam antara pemangkin perkukuh rantau ASEAN
Hubungan akrab antara Malaysia dan Republik Sosialis Vietnam akan sentiasa menjadi antara pemangkin dalam memperkukuh rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.