awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Pablo Amirul dan Dr Hana kini sah suami isteri
China laksana hukuman mati terhadap empat lagi anggota mafia Myanmar
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kampung Baru: Pembangunan tanpa korbankan maruah, kepentingan nasional - PM

Astro Awani
Astro Awani
18/09/2025
10:37 MYT
Kampung Baru: Pembangunan tanpa korbankan maruah, kepentingan nasional - PM
Anwar menegaskan kerajaan berpegang teguh bahawa setiap keputusan mesti berpaksi pada aspek kesejahteraan rakyat serta kelangsungan identiti masyarakat - Foto/ FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menzahirkan pandangan berhubung latar sejarah, masa depan dan hala tuju pembangunan Kampung Baru.
Menurut Perdana Menteri, pandangan yang dizahirkan baginda adalah selari dengan pendirian Kerajaan MADANI, yang menekankan kepentingan memelihara warisan sejarah sambil merancang pembangunan yang adil dan seimbang.
“Kerajaan berpegang teguh bahawa setiap keputusan mesti berpaksi pada aspek kesejahteraan rakyat serta kelangsungan identiti masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sebagai Pengerusi Majlis Perumahan Mampu Milik Negara, Anwar turut menegaskan komitmennya bahawa sebarang pembangunan yang dirancang tidak akan menjejaskan maruah, hak dan sejarah kawasan tersebut, yang menjadi kepentingan nasional.
“Saya tetap beriltizam memastikan pembangunan benar-benar membawa manfaat kepada rakyat tanpa mengorbankan maruah, hak dan sejarah,” katanya.
Terdahulu, Sultan Selangor menitahkan agar isu pembangunan semula tanah di kawasan Kampung Baru, dikendalikan secara teliti dan berhemah dengan memberikan keutamaan kepada kepentingan orang Melayu.
Baginda tiada halangan sekiranya kawasan Kampung Baru hendak dibangunkan seiring dengan peredaran zaman, namun syarat-syaratnya harus jelas dan berpihak kepada orang Melayu.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Sultan Selangor
#isu Kampung Baru
#pembangunan kampung baru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan