awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
Pengarah drama Manjalara, Haris Kadir meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam pulau di Mersing ditutup serta-merta

Bernama
Bernama
18/09/2025
11:10 MYT
Enam pulau di Mersing ditutup serta-merta
Semua pengusaha resort, chalet, bot pelancong, aktiviti island hopping serta pusat selam skuba diminta menghentikan sebarang aktiviti berkaitan di kawasan terbabit berkuat kuasa serta-merta. - Gambar hiasan
MERSING: Semua aktiviti selam skuba, snorkeling dan lawatan ke enam pulau perairan sekitar daerah ini dihentikan berkuat kuasa serta-merta bagi memberi laluan kepada kerja pemuliharaan biodiversiti marin serta alam sekitar.
Pegawai Daerah Mersing Jamil Hasni Abdullah berkata penutupan itu membabitkan Pulau Harimau, Pulau Gual, Pulau Mensirip, Pulau Mertang Timur, Pulau Mertang Barat dan Pulau Mertang Tengah.
"Semua pengusaha resort, chalet, bot pelancong, aktiviti island hopping serta pusat selam skuba diminta menghentikan sebarang aktiviti berkaitan di kawasan terbabit berkuat kuasa serta-merta.
"Selain itu, pihak berkuasa akan menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar arahan ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau turut menggesa semua pihak mematuhi notis penutupan berkenaan demi menjamin kelestarian alam semula jadi kawasan terbabit.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mersing
#tutup pulau
#pemuliharaan pulau
#snorkeling
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan