[LAPOR LANGSUNG] Sumud Flotilla ke Gaza – Perjalanan kini Semakin Hampir. Ikuti perkembangan di sini
MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 29/09/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 September 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 September 2025.


1. Bekas pengarah PTD rugi lebih setengah juta ditipu sindiket mata wang kripto

Seorang pesara lelaki rugi sebanyak RM525,000 selepas diperdaya sindiket pelaburan mata wang kripto tidak wujud.



2. Kerajaan bakal perkenal skim lindungi pekerja di luar waktu bekerja – PM Anwar

Kerajaan bakal memperkenalkan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) yang akan memperluaskan lagi perlindungan kepada pekerja di luar waktu bekerja, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.


3. Tengku Amir berkenan tinjau raptai penuh istiadat pernikahan

Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan meninjau raptai penuh istiadat perarakan pernikahan baginda, pada Isnin.


4. Ketua Setiausaha Negara dahului senarai 803 penerima darjah kebesaran Kelantan

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mengetuai senarai 803 penerima darjah kebesaran dan pingat sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, pada Isnin.


5. Kerajaan tidak cadang kenakan caj kenderaan masuk ke bandar, bebankan rakyat - PM

Kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan caj kemasukan ke kota bagi kenderaan persendirian kerana ia boleh membebankan rakyat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


6. Lapan individu dilantik anggotai jawatankuasa bebas semak laporan insiden letupan saluran gas Putra Heights

Seramai lapan individu dilantik menganggotai Jawatankuasa Bebas bagi menyemak laporan siasatan insiden letupan saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya, yang dipengerusikan Felo Penyelidik Kanan Pusat Pencegahan dan Kesiapsiagaan Bencana (DPPC) Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Khamarrul Azahari Razak.


7. Wan Saiful harus bersihkan diri di hadapan Lembaga Disiplin - Tun Faisal

Wan Saiful Wan Jan seharusnya membersihkan diri di hadapan Lembaga Disiplin, bukan dalam sidang media, kata Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Tun Faisal Ismail Aziz.


8. Kemalangan Tol Kajang: Bayi maut tercampak kerana tidak guna kerusi kanak-kanak - Loke

Bayi lelaki berusia setahun yang maut akibat tercampak keluar dari kenderaan dalam nahas di Plaza Tol Bukit Kajang pada Sabtu lalu didapati tidak diletakkan di dalam kerusi kanak-kanak.


9. Inkues: Zara Qairina dipanggil ke dorm senior berkaitan dakwaan curi malam sebelum tragedi - Saksi

Saksi ke-14 yang merupakan saksi pelajar keenam, menyatakan di Mahkamah Koroner di sini, hari ini, bahawa kemungkinan punca Zara Qairina Mahathir ditemui di tingkat bawah asrama pada pagi 16 Julai lalu ada kaitan dengan tuduhan mencuri pada malam sebelum kejadian.


10. Projek rintis veteran ATM sebagai warden MRSM berpotensi diperluas ke seluruh negara

Projek rintis pelantikan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai warden di dua Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang bermula Ogos lepas, berpotensi diperluas ke seluruh negara sekiranya penilaian enam bulan pelaksanaannya menunjukkan hasil positif.















#berita tempatan #berita dalam negara #berita hari ini #Berita AWANI