MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 1 Oktober 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 1 Oktober 2025.
1. Pemandu lori direman lima hari, disyaki rogol kanak-kanak 12 tahun
Seorang pemandu lori berusia 22 tahun telah direman selama lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes rogol membabitkan seorang kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun.
2. Pelayaran Global Sumud Flotilla diteruskan, dakwaan kapal dikepung tidak benar - Musa Nuwayri
Pelayaran Global Sumud Fotilla (GSF) diteruskan seperti yang dirancang meskipun berdepan pelbagai cabaran di perairan antarabangsa. Peserta konvoi, Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman menegaskan, laporan yang mendakwa kapal-kapal flotila telah dikepung adalah tidak benar dan mengelirukan.
3. SK Putrajaya Presint 11(1) pemenang Anugerah Sekolah Terbaik Dunia
Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(1) diumumkan sebagai pemenang Anugerah Sekolah Terbaik Dunia 2025 bagi kategori Menyokong Kehidupan Sihat oleh T4 Education, sekali gus sekali lagi mengharumkan Malaysia di pentas pendidikan global.
4. Rogol pembantu rumah: Paul Yong ke Penjara Kajang serta-merta
Bekas ADUN Tronoh, Paul Yong Choo Kiong akan mula menjalani hukuman penjara selama lapan tahun hari ini selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan kesalahan merogol pembantu rumahnya.
5. Global Sumud Flotilla: Misi dijangka memasuki Zon Merah 9 malam ini - Fahmi
Misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) dijangka memasuki Zon Merah R3, kira-kira 100 batu nautika dari Gaza, pada jam 9 malam ini waktu Malaysia.
6. Jasa kepada negara bukan jaminan lepas daripada siasatan rasuah – PM Anwar
Biarpun mempunyai jasa yang besar, seseorang individu tidak seharusnya berasa kebal daripada sebarang tindakan undang-undang, khususnya berkait siasatan melibatkan rasuah.
7. 26 pensyarah UMT tersenarai antara saintis terbaik dunia
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila 26 pensyarah tersenarai dalam dua peratus Saintis Terbaik Dunia 2025 berdasarkan penilaian Universiti Stanford dan penerbit akademik terkemuka Elsevier dari Amerika Syarikat.
8. Kunjungan Trump medan diplomasi tegaskan pendirian Malaysia berhubung Palestin - IKIM
Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 wajar memanfaatkan kunjungan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN sebagai medan diplomasi untuk menegaskan pendirian negara berhubung Palestin, isu genosid etnik serta keperluan keadilan sejagat.
9. Kanak-kanak parah dipukul bapa saudara dengan tukul meninggal dunia
Kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun, Muhammad Ammar Muhammad Badrul yang parah dipukul dengan tukul oleh bapa saudaranya meninggal dunia pada jam 3.02 petang Rabu.
10. SPRM tunggu keputusan AGC, dakwa Ismail Sabri atau tidak – Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menunggu keputusan Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung kes yang membabitkan Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.