MALAYSIA
Pelayaran Global Sumud Flotilla diteruskan, dakwaan kapal dikepung tidak benar - Musa Nuwayri

Ahmad Musa Al-Nuwayri menafikan dakwaan bahawa flotila telah dikepung, menyifatkannya sebagai tidak benar dan mengelirukan. - Foto X/Erkan ŞEN
KUALA LUMPUR: Pelayaran Global Sumud Fotilla (GSF) diteruskan seperti yang dirancang meskipun berdepan pelbagai cabaran di perairan antarabangsa.
Ringkasan AI
- GSF meneruskan misi kemanusiaan ke Gaza seperti dirancang meskipun berada di perairan antarabangsa yang berisiko tinggi.
- Ahmad Musa Al-Nuwayri menafikan dakwaan bahawa flotila telah dikepung, menyifatkannya sebagai tidak benar dan mengelirukan.
- Konvoi telah memasuki zon kuning dan dijangka memasuki zon merah pada Khamis, dengan aktivis kekal waspada dan bersatu dalam solidariti.
Beliau turut memaklumkan bahawa walaupun terdapat kehadiran kapal asing di sekitar flotila, pelayaran tetap diteruskan dengan semangat solidariti dan penuh waspada.
Semalam, Ahmad Musa mengesahkan kapal konvoi menuju ke aza secara rasmi telah memasuki zon kuning.
Dlam hantaran di sosial media beliau, pengasas Cinta Salam Malaysia (CSM) itu berkata, konvoi pelayaran dijangka memasuki zon merah pada Khamis.
GSF merupakan misi kemanusiaan antarabangsa yang bertujuan untuk menyalurkan bantuan kepada penduduk Gaza, dan telah menarik penyertaan aktivis dari pelbagai negara.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami