MALAYSIA
Jasa kepada negara bukan jaminan lepas daripada siasatan rasuah – PM Anwar

Perdana Menteri hadir pada Majlis Sambutan Ulang Tahun SPRM ke-58, dan Peluncuran Keep Malaysia Clean di Putrajaya, pada Rabu. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
PUTRAJAYA: Biarpun mempunyai jasa yang besar dalam pembangunan negara, seseorang individu atau ahli politik itu tidak seharusnya berasa kebal daripada sebarang tindakan undang-undang, khususnya berkait siasatan melibatkan rasuah.
Ringkasan AI
- Anwar Ibrahim tegaskan tiada individu atau ahli politik kebal undang-undang, walaupun mempunyai jasa besar, dan SPRM mesti diberi ruang menyiasat kes rasuah tanpa tekanan.
- Perdana Menteri hairan dengan kecaman terhadap SPRM apabila siasatan melibatkan tokoh berpengaruh, menegaskan semua pihak sepatutnya menyokong usaha membanteras rasuah.
- Kerajaan MADANI komited memberi mandat penuh kepada SPRM untuk bertindak bebas demi membersihkan imej negara daripada gejala rasuah.
“Aneh juga apabila SPRM berani mengambil tindakan, bahkan mereka disergah dimarahi lagi, kononnya tak fikirkan orang itu berjasa, tak fikirkan orang itu tak begitu sihat, tak fikirkan orang itu pelbagai alasan aneh.
“Padahal mereka yang sepatutnya berterima kasih, bagi semangat dan dorongan. Ini bukan (sahaja) di luar, tetapi di Parlimen sendiri pun bangun, yang pembangkang pun saya bingung juga fikirkan perkara ini, Kerana seharusnya kita dukung (tindakan SPRM). Semua orang ada jasa, tukang cuci pun ada jasa, penghulu ada jasa, paling korup pun ada jasa.
“Kalau lihat sejarah … Firaun pun ada jasa. Memberi orang makan, bagi pekerja dia gaji ribu-ribu, jasalah tu. (Tetapi) bukanlah saya nak bandingkan dengan sekarang, jangan salah faham esok media lapor Anwar menyamakan orang ini dengan Firaun. Saya tidak bermaksud membandingkan, saya (Cuma) nak tunjuk tindakan harus diambil,” katanya lagi.
Justeru, Perdana Menteri berkata, Kerajaan MADANI bersedia untuk menggunakan segala kekuatan, pengaruh, dan mandat yang ada, untuk memastikan SPRM terus bebas melaksanakan tugasnya demi membersihkan imej negara daripada terus terpalit dengan gejala rasuah.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Sambutan Ulang Tahun SPRM ke-58, dan Peluncuran Keep Malaysia Clean di Putrajaya, pada Rabu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami