MALAYSIA
Kanak-kanak parah dipukul bapa saudara dengan tukul meninggal dunia

Muhammad Ammar meninggal dunia di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM), Kubang Kerian. - Foto/ Ihsan keluarga
KOTA BHARU: Kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun, Muhammad Ammar Muhammad Badrul yang parah dipukul dengan tukul oleh bapa saudaranya meninggal dunia pada jam 3.02 petang Rabu.
Ringkasan AI
- Muhammad Ammar, kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun, meninggal dunia pada jam 3.02 petang Rabu di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM), Kubang Kerian akibat kecederaan parah di kepala.
- Mangsa sebelum ini berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan bergantung kepada mesin bantuan pernafasan selepas dipukul dengan tukul oleh bapa saudaranya.
- Kematian disahkan oleh bapa mangsa, Muhammad Badrul Rameli, yang turut memaklumkan bahawa anaknya dipantau rapi oleh pasukan perubatan sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Media sebelum ini melaporkan Muhammad Ammar berada dalam keadaan kritikal dan dipantau rapi oleh pasukan perubatan di HPUSM di sini.
Mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) serta bergantung kepada mesin bantuan pernafasan. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami