GSF: Kesemua 23 delegasi Malaysia disahkan telah ditahan oleh Israel – Ikuti Laporan Langsung
MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 02/10/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 2 Oktober 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 2 Oktober 2025.

1. Zizi Kirana antara aktivis GSF ditahan tentera Israel

Seramai 13 rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) dilaporkan terputus hubungan dengan Pusat Komunikasi dan Koordinasi Selat (SNCC) selepas lima buah kapal yang dinaiki mereka dipercayai telah dipintas oleh tentera laut Israel di perairan antarabangsa.

2. "Bebaskan mereka segera! Kita akan lakukan apa sahaja terbaik untuk aktivis Malaysia" - PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Malaysia tidak akan berdiam diri susulan tindakan rejim Zionis Israel yang memintas konvoi Global Sumud Flotilla (GSF) serta menahan aktivis dan sukarelawan kemanusiaan, termasuk warganegara Malaysia.

3. Ucapan tahniah, Selamat Pengantin Baharu iringi Raja Muda Selangor sempena istiadat pernikahan

Laungan Daulat Tuanku! berserta sepanduk terterta ucapan tahniah dan Selamat Pengantin Baharu mengiringi perarakan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena Istiadat Pernikahan Diraja yang berlangsung di sini, hari ini.


4. Peguam Negara sahkan Shafie Apdal serah balasan notis tunjuk sebab pada Isnin

Notis tunjuk sebab dikeluarkan terhadap Presiden Parti Warisan itu berkaitan kenyataannya mengenai inkues yang sedang dijalankan mengenai kematian pelajar Zara Qairina Mahathir.


5. Tiga lagi rakyat Malaysia disahkan ditahan tentera Israel, jumlah 15 setakat ini - SNCC

Tiga lagi sukarelawan Malaysia ditahan tentera Israel dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza semasa kapal dinaiki mereka dipintas pada 3.39 petang tadi.


6. Anwar gesa Rubio, pemimpin dunia campur tangan pastikan pembebasan peserta GSF

Beliau menghubungi Setiausaha Negara AS, Presiden Turkiye, PM Qatar dan Presiden Mesir bagi mendesak pembebasan segera rakyat Malaysia yang ditahan Israel ketika menyertai misi GSF.


7. GSF: Wisma Putra sahkan semua peserta flotilla selamat, dijangka dihantar pulang melalui negara ketiga

Kementerian Luar mengesahkan kesemua rakyat Malaysia yang ditahan Israel dalam pelayaran menuju ke Gaza menerusi misi Global Sumud Flotilla (GSF) dalam keadaan selamat dan sihat.


8. Global Sumud Flotilla: Kesemua 23 delegasi Malaysia disahkan ditahan

Kesemua 23 delegasi Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) disahkan ditahan pada jam 4.24 petang waktu Malaysia, kata Ketua Pengarah dan jurucakap rasmi Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Dr Sani Araby Al-Kahery.


9. GSF: Suar merah Ultras Malaya menyala di hadapan Kedutaan Amerika

Ultras Malaya berhimpun di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat sebagai tanda solidariti kepada sukarelawan Global Sumud Flotila (GSF).


10. Kerajaan wujud Sovereign AI Cloud bagi pastikan keupayaan AI nasional selamat - PM

Kerajaan akan mewujudkan Sovereign AI Cloud bagi memastikan keupayaan kecerdasan buatan (AI) nasional yang selamat, berdaulat dan mampu menyokong perkhidmatan kerajaan serta pembangunan digital negara.


#berita tempatan #berita dalam negara #berita hari ini #Berita AWANI