MALAYSIA
GSF: Suar merah Ultras Malaya menyala di hadapan Kedutaan Amerika

Ratusan peserta ultras bersama orang ramai memenuhi Jalan Tun Abdul Razak di hadapan kedutaan sambil menyalakan suar sebagai sokongan kepada warga Gaza. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Ultras Malaya berhimpun di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat sebagai tanda solidariti kepada sukarelawan Global Sumud Flotila (GSF).
Ringkasan AI
- Ultras Malaya berhimpun di depan Kedutaan AS bersama ratusan orang ramai sebagai solidariti kepada sukarelawan Global Sumud Flotila (GSF) dan rakyat Gaza.
- Mereka melaungkan slogan serta membawa kain rentang -Merdeka Palestin- sambil menyalakan suar, dengan polis dan pasukan perubatan mengawal keselamatan.
- Perhimpunan ini susulan tindakan tentera laut Israel memintas flotila ke Gaza dan menahan sekurang-kurangnya 317 aktivis termasuk 17 rakyat Malaysia.
Sebahagian peserta juga memegang kain rentang bertulis “Merdeka Palestin”, malah ada yang memakai kain keffiyeh, simbol identiti budaya Asia Barat itu.
Malam tadi, tentera laut Israel telah memintas armada flotila yang sedang dalam misi kemanusiaan untuk rakyat Palestin.
Peserta dan orang ramai mula beredar pada jam 10 daripada lokasi himpunan.
Polis Diraja Malaysia turut mengawal keadaan lalu lintas bagi memastikan keselamatan peserta himpunqn terjamin.
Malah, dua biji ambulans daripada Pasukan Bulan Sabit Merah dan Angkatan Pertahanan Awam kekal berada di lokasi sebagai persediaan terhadap situasi cemqs.
Pada petang Khamis, ribuan rakyat Malaysia turut membanjiri pintu hadapan kedutaan sehingga jam 7.30 malam.
Malam tadi, tentera laut Israel telah memintas armada flotila yang sedang dalam misi kemanusiaan untuk rakyat Palestin.
Menurut penganjur GSF, sekurang-kurangnya 317 aktivis di atas kapal termasuk 23 rakyat Malaysia telah ditahan oleh rejim Israel manakala enam lagi gagal dihubungi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami