awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Menantu, bapa mentua dihukum penjara kesalahan rompak, pecah rumah
Aplikasi Daun dikemas kini dengan antara muka baharu, tersedia untuk Android dan iPhone
Peguam ditahan disyaki subahat seludup dadah ke penjara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] Zizi Kirana antara aktivis GSF ditahan tentera Israel

Astro Awani
Astro Awani
01/10/2025
22:15 MYT
[TERKINI] Zizi Kirana antara aktivis GSF ditahan tentera Israel
Zizi Kirana disahkan ditahan tentera Israel setakat 6 pagi waktu Malaysia.
KUALA LUMPUR: Seramai 13 rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) dilaporkan terputus hubungan dengan Pusat Komunikasi dan Koordinasi Selat (SNCC) selepas lima buah kapal yang dinaiki mereka dipercayai telah dipintas oleh tentera laut Israel di perairan antarabangsa.
Setakat jam 6 pagi waktu Malaysia, lapan daripada mereka, termasuk penyanyi dan aktivis Zizi Kirana, telah disahkan ditahan oleh pihak berkuasa Israel.
View this post on Instagram
A post shared by Sumud Nusantara (@sumudnusantaraofficial)
Sementara, status lima lagi aktivis masih belum dapat dipastikan dengan komunikasi terakhir direkodkan lewat malam tadi sebelum sistem navigasi dan siaran langsung kapal terganggu secara serentak.
Zizi Kirana yang sebelum ini lantang menyuarakan sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin, merupakan antara selebriti tanah air yang menyertai misi bersejarah ini bersama Ardell Aryana, Farah Lee dan beberapa pengamal media serta aktivis kemanusiaan lain.
Konvoi berkenaan membawa bekalan makanan, ubat-ubatan dan keperluan asas ke Gaza sebagai sebahagian daripada konvoi antarabangsa yang disertai lebih 500 aktivis dari 44 negara.
Menurut laporan media Israel, kapal-kapal seperti Alma, Sirius, dan Adara telah dinaiki secara paksa oleh tentera laut Israel.
Penahanan berlaku ketika negara itu dalam penutupan hampir menyeluruh sempena cuti Yom Kippur, menyebabkan sistem mahkamah dan penjara tidak beroperasi, sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap status undang-undang aktivis yang ditahan.
SNCC kini sedang berusaha memulihkan komunikasi dengan kapal-kapal yang masih belum dikenal pasti lokasinya.
Pihak berkuasa Malaysia dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat, sementara keluarga aktivis yang terlibat terus menunggu perkembangan dengan penuh harapan dan kebimbangan.
Global Sumud Flotilla menegaskan, misi mereka adalah aman dan bertujuan menyampaikan bantuan secara langsung kepada rakyat Gaza yang terkepung akibat sekatan laut Israel.
Mereka turut menyifatkan tindakan pemintasan sebagai pencabulan undang-undang laut antarabangsa dan hak asasi manusia.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Zizi Kirana
#Zizi Kirana ditahan Israel
#konvoi GSF
#Global Sumud Flotilla
#Sumud Nusantara Command Center
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami