MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 12 Oktober 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 12 Oktober 2025.
1. JPJ tahan 10 prebet sapu bawa pelancong di ibu negara
Jabatan Pengangkutan Jalan berjaya membongkar kegiatan pengangkutan haram atau "prebet sapu" menggunakan van dan kenderaan pelbagai guna mewah yang menjadikan pelancong asing sebagai sasaran dalam operasi khas di sekitar ibu kota, semalam.
2. Polis sahkan wujud kegiatan mengatur kaunter di sempadan Kelantan-Thailand
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat mengesahkan pihaknya mempunyai maklumat awal berhubung kegiatan mengatur kaunter atau counter setting di sempadan Malaysia-Thailand.
3. Tanah rizab Melayu di bandar berpotensi jadi pemacu ekonomi masyarakat Melayu
Tanah rizab Melayu di kawasan bandar seperti Bandar Malaysia berpotensi menjadi pemangkin transformasi ekonomi masyarakat Melayu sekiranya diurus secara strategik, telus, inklusif dan berpandangan jauh.
4. Empat pelajar terlibat kes rogol dalam sekolah tetap ambil SPM - Fadhlina
Empat pelajar lelaki yang disyaki terlibat dalam kes rogol secara bergilir-gilir di sebuah sekolah menengah di sini tetap akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dijadualkan bermula pada 3 November depan.
5. Terbuka Artik: Pearly-Thinaah menang mudah, rangkul kejuaraan kedua musim ini
Gandingan ranking kedua dunia, Pearly Tan-M. Thinaah, merangkul gelaran super 500-nya yang ketiga sepanjang karier apabila dinobatkan selaku juara Kejohanan Badminton Terbuka Artik 2025 di Vanta, Finland, pada Ahad.
6. [LAPOR LANGSUNG] Misi FFC x TMTG: Aktivis selamat pulang bukti koordinasi global lebih mantap - Ketua Pengarang Astro AWANI
Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail berkata, meskipun para aktivis berdepan pengalaman getir, dihina dan dibuli rejim Israel, koordinasi mantap serta penggunaan teknologi yang lebih baik kali ini berjaya memastikan keselamatan mereka.
7. 'Laknatullah, semoga pengakhiran binasa bagi Israel' - Wartawan Astro AWANI dedah detik ditahan Israel
Wartawan Astro AWANI, Syafik Shukri Abdul Jalil yang turut serta dalam misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens to Gaza (TMTG) menyifatkan tentera Israel sebagai orang paling jahat yang pernah ditemui.
8. Misi kemanusiaan ke Gaza: NGO perlu koordinasi dengan Kementerian Luar - Mohamad
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan menasihatkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berhasrat menyertai misi kemanusiaan ke Gaza supaya berkoordinasi dengan Kementerian Luar terlebih dahulu bagi memastikan penghantaran bantuan berjalan lancar dan selamat.
9. Polis buka kertas siasatan isu pengibaran bendera Israel di Kelantan
Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (kawalan mempamer) 1949.
10. Misi FFC: ‘Kami tidak serik, akan teruskan lagi pelayaran ke Gaza’ - Aktivis
“Misi ini bukan fasal kami, tetapi untuk saudara kami di Gaza, Kami lakukan misi ini untuk membebaskan mereka dan menyebarkan keadilan serta kebenaran yang patut disebarluaskan.”