'Laknatullah, semoga pengakhiran binasa bagi Israel' - Wartawan Astro AWANI dedah detik ditahan Israel

Syafik memeluk ibunya, Rodziah Abdullah, yang menunggu ketibaannya di KLIA hari ini. - Gambar/ Shahir Omar/ Astro AWANI
SEPANG: Wartawan Astro AWANI, Syafik Shukri Abdul Jalil yang turut serta dalam misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens to Gaza (TMTG) menyifatkan tentera Israel sebagai orang paling jahat yang pernah ditemui.
Ringkasan AI
- Wartawan Syafik Shukri Abdul Jalil menyifatkan tentera Israel sebagai paling kejam selepas menyaksikan alatan perubatan yang dibawa dalam misi flotila dimusnahkan, serta kekesalan besar kerana gagal menghantar bantuan ke Gaza.
- Syafik menceritakan detik dramatik ketika kapal mereka diserbu tentera Israel di perairan antarabangsa, termasuk helikopter berlegar, cahaya laser dipinkan ke arah peserta, dan kesukaran yang dialami semasa ditahan seperti halangan untuk solat dan mendapatkan rawatan.
- Beliau menegaskan penderitaan yang dialami aktivis hanyalah sebahagian kecil daripada apa yang dihadapi rakyat Palestin setiap hari, dan menyatakan tekad untuk terus menyertai misi kemanusiaan demi membebaskan Gaza daripada pendudukan Israel.
"Kita nampak semua alatan perubatan yang dibawa dalam kapal musnah. Disepak-sepak, ditendang-tendang macam itu saja.
"Memang laknatullah (mereka). Saya mengharapkan pengakhiran yang sangat-sangat luar biasa dan binasa bagi mereka tentera-tentera Israel (rejim Zionis) ini," katanya.
Menceritakan kejadian ketika kapal Conscience dinaikinya diserbu tentera Israel, Syafik berkata, ketika mereka sedang belayar menghampiri perairan Gaza.
"Tiba-tiba kapten kapal mengarahkan semua peserta ke bahagian hadapan. Saya sangkakan untuk latihan kecemasan. Namun, suasana bertukar tegang apabila enam cahaya dari kapal asing mula mengelilingi kami.
"Saya ingat helikopter berpusing lebih daripada dua puluh kali dan kita sedar tak boleh buat apa. Masing-masing pegang telefon dan campak ke laut.
"Dalam dua puluh kali helikopter itu berpusing atas kepala dan kami nampak ada tiga helikopter dah dah pinkan cahaya macam laser dekat kami.
"Askar dah turun saat itu dan saya dengar jeritan dan kami ditukar-tukarkan posisi," katanya.
Syafik turut berkongsi kesukaran yang dialami sepanjang tempoh ditahan tentera Israel, termasuk halangan untuk menunaikan solat dan mendapatkan rawatan.
"Nak solat pun susah. Nak buang air kecil pun susah. Saya sampai muntah-muntah. Nak dapatkan ubat pun susah. Kesukaran yang sedikit itu buat kami terfikir... ya Allah, seksanya. Pasti apa yang dihadapi oleh masyarakat di Palestin setiap hari jauh lebih teruk," katanya.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami