MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 23 Oktober 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 23 Oktober 2025.
1. Saman fitnah: Sanusi tarik balik kenyataan, Anwar batal saman, selesai secara aman
Keputusan itu dicapai selepas mengambil kira kesan tindakan saman serta kos perundangan yang bakal ditanggung oleh kedua-dua belah pihak.
2. PDRM perkukuh keselamatan menjelang sidang kemuncak ASEAN ke-47
Risikan awal, pasukan khas dan pemantauan berterusan digerakkan menjelang sidang 26-28 Oktober yang bakal dihadiri pemimpin serantau dan antarabangsa.
3. SPRM telah mohon bantuan Interpol kesan lokasi menantu Muhyiddin
SPRM sedang melaksanakan tindakan lanjut termasuk kerjasama dengan pihak berkuasa antarabangsa, namun belum menerima maklum balas rasmi daripada Interpol.
4. 'Hukuman rotan wajar dikembalikan, dulu saya jadi guru sudah ramai anak murid dirotan' - PM
Beliau secara peribadi bersetuju supaya dikembalikan semula hukuman rotan di sekolah, namun pelaksanaannya perlu disertai dengan syarat ketat.
5. Kegagalan paip pembetungan punca insiden lubang benam jalan Masjid India - Dr Zaliha
Kegagalan struktur paip pembetungan yang mereput dan ketidakstabilan tanah dikenal pasti sebagai punca utama kejadian lubang benam di Jalan Masjid India Ogos tahun lepas.
6. Menteri sahkan pasport menantu Muhyiddin sudah dibatalkan
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan pasport antarabangsa menantu kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dibatalkan Jabatan Imigresen Malaysia.
7. Kerajaan cadang segerakan pembinaan tembok konkrit sempadan Malaysia-Thailand
Kerajaan bercadang untuk menyegerakan pembinaan tembok konkrit baharu di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand bagi meningkatkan kecekapan kawalan sempadan dan menjamin keselamatan negara.
8. Perbualan telefon Najib-Mohd Bakke tidak pengaruhi usaha sama 1MDB-PSI - Pembelaan
Perbualan telefon Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Pengerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Tan Sri Mohd Bakke Salleh tidak mempengaruhi keputusan syarikat itu untuk menjalin usaha sama dengan PetroSaudi International Ltd (PSI), Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.
9. Ebit Liew dakwa telefon bimbit rosak, mahkamah diberitahu
Seorang saksi pendakwaan dalam perbicaraan kes gangguan seksual membabitkan pendakwah terkenal, Ebit Erawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew, memberitahu Mahkamah Majistret di sini, hari ini bahawa tertuduh mendakwa telefon bimbit miliknya rosak dan tidak mengetahui keberadaannya.
10. Hasil petroleum negara berjumlah RM775.2 bln bagi tempoh 2018 hingga 2024 - Azalina
Jumlah hasil petroleum negara dari tahun 2018 hingga 2024 adalah sebanyak RM775.2 bilion, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.