awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suhu rendah luar biasa di Florida jejaskan jadual misi angkasawan NASA ke bulan
Keharmonian sambutan upacara keagamaan cerminan kebersamaan rakyat Malaysia - Anwar
Wanita rugi RM10,000 selepas beg galas dalam kereta dicuri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPM 2025 bermula 3 Nov hingga 23 Dis - KPM

Bernama
Bernama
31/10/2025
12:50 MYT
SPM 2025 bermula 3 Nov hingga 23 Dis - KPM
Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2025 membabitkan 413,372 calon akan bermula Isnin ini (3 Nov) hingga 23 Dis di 3,350 pusat peperiksaan di seluruh negara. - Gambar fail/Astro AWANI
PUTRAJAYA: Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2025 membabitkan 413,372 calon akan bermula Isnin ini (3 Nov) hingga 23 Dis di 3,350 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Ringkasan AI
  • Seramai 413,372 calon akan menduduki peperiksaan SPM 2025 dari 3 Nov hingga 23 Dis di 3,350 pusat peperiksaan seluruh negara.
  • KPM melantik 127,526 petugas dan mengingatkan calon untuk membawa dokumen pengenalan diri serta mematuhi arahan peperiksaan.
  • KPM turut bersiap siaga menghadapi bencana atau wabak penyakit dan menasihatkan calon memaklumkan segera kepada sekolah atau JPN jika terkesan.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan Ujian Bertutur Bahasa Melayu akan berlangsung pada 3 hingga 6 Nov manakala Ujian Bertutur Bahasa Inggeris pada 10 hingga 13 Nov.
"Ujian Amali Sains pula akan berlangsung pada 17 hingga 19 Nov, Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris diadakan pada 20 Nov.
"Peperiksaan bertulis pula akan berlangsung pada 25 Nov hingga 23 Dis ini," menurut kenyataan itu.
KPM memaklumkan 127,526 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan.
Menurut kenyataan itu, semua calon diingatkan merujuk jadual waktu peperiksaan SPM 2025 bagi mengetahui maklumat lengkap tarikh, waktu, kod dan nama kertas peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi sepanjang peperiksaan berlangsung.
Jadual waktu peperiksaan juga boleh dimuat turun melalui portal rasmi Lembaga Peperiksaan (LP) di pautan lp.moe.gov.my.
Menurut KPM, calon turut diingatkan supaya membawa dokumen pengenalan diri dan Penyata Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan serta mematuhi semua prosedur operasi standard dan peraturan yang ditetapkan bagi memastikan kelancaran pengurusan pengendalian peperiksaan.
"KPM cakna dengan keselamatan dan kebajikan calon serta petugas peperiksaan dalam menghadapi sebarang kemungkinan termasuk bencana dan penularan Penyakit Seperti Influenza (ILI) sepanjang peperiksaan SPM Tahun 2025 berlangsung," menurut kenyataan itu.
Sehubungan itu, KPM memaklumkan pihaknya siap siaga dengan mekanisme dan langkah persediaan sewajarnya termasuk bekerjasama dengan agensi lain yang berkaitan.
"Calon dinasihatkan untuk memaklumkan kepada pihak sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dengan segera sekiranya terlibat atau terkesan dengan bencana. Mereka juga boleh menghubungi bilik gerakan LP dan JPN di seluruh negara," menurut kenyataan itu.
KPM menegaskan akan terus melakukan yang terbaik bagi memastikan peperiksaan SPM 2025 dilaksanakan dengan lancar dan teratur.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPM 2025
#Sijil Pelajaran Malaysia
#Kementerian Pendidikan KPM
#peperiksaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan