awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suami isteri warga emas didakwa miliki senjata api, peluru, dadah
Benzema 'mogok', berang ditawar kontrak pelik
Bidaan siri nombor plat "FH" dibuka Ahad ini - JPJ
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah kecoh, "semoga kamu dilaknat!" - jerit bapa Zayn Rayyan

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
31/10/2025
05:18 MYT
Mahkamah kecoh, "semoga kamu dilaknat!" - jerit bapa Zayn Rayyan
Zaim meluahkan rasa tidak puas hati dengan siasatan kes itu sehingga terpaksa ditenangkan beberapa ahli keluarga sebelum membawanya keluar dari kamar mahkamah. - Astro AWANI/Shahir Omar
PETALING JAYA: "Semoga kamu dilaknat!" jerit suami kepada Ismanira Abdul Manaf, Zaim Ikhwan Zahari sebaik sahaja Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, di sini memerintah tertuduh menjalani hukuman penjara serta-merta.

Ringkasan AI
  • Mahkamah Sesyen Petaling Jaya memerintahkan Ismanira Abdul Manaf menjalani hukuman penjara serta-merta, mencetuskan reaksi emosi dan kekecohan daripada suaminya, Zaim Ikhwan Zahari, yang meluahkan kemarahan terhadap siasatan kes.
  • Datuk kepada Zayn Rayyan, Zahari Mohd Reba, berharap siasatan kes pembunuhan cucunya diteruskan, meskipun keputusan terhadap ibu mangsa telah dibuat, sambil menegaskan keperluan keadilan dan ketelusan.
  • Keluarga kini memberi tumpuan kepada penjagaan adik arwah yang berada di bawah jagaan JKM, dan menyuarakan harapan agar hak jagaan diserahkan kepada mereka demi kebajikan cucu tersebut.

Hakim Syahliza Warnoh memutuskan demikian selepas menolak permohonan pasukan pembelaan untuk menangguhkan hukuman penjara sementara menunggu rayuan, dengan alasan tiada faktor istimewa yang boleh membolehkan penangguhan diberikan.
Suasana di mahkamah juga bertukar kecoh apabila Zaim menjerit ke arah pegawai penyiasat kes kematian anak pasangan itu dan polis mahkamah.
Malah dia juga dilihat meluahkan rasa tidak puas hati dengan siasatan kes itu sehingga terpaksa ditenangkan beberapa ahli keluarga sebelum membawanya keluar dari kamar mahkamah.
Sambil beredar dia menjerit "puaslah kau!"
Ketika hakim membacakan keputusan, Ismanira menoleh ke belakang sambil kelihatan suaminya menangis teresak-esak di galeri awam.
Sementara itu, datuk kepada Zayn Rayyan, Zahari Mohd Reba, 57, berharap siasatan kes pembunuhan cucunya itu tidak terhenti meskipun keputusan terhadap ibunya diputuskan mahkamah.
Katanya, meskipun redha dengan keputusan mahkamah, namun mereka masih menunggu kepastian mengenai status siasatan yang disifatkan masih belum menemu jalan penyelesaian.
"Walaupun keputusan telah diambil, saya nak tahu apa status kes pembunuhan Zayn Rayyan sehingga kini.
"Pembunuh masih ada di luar sana. Kami minta pihak bertanggungjawab meneruskan siasatan dengan telus dan adil," katanya ketika ditemui media di pekarangan Mahkamah Sesyen, di sini.
Menurutnya, keluarga mereka menanggung tekanan dan fitnah hebat sejak dua tahun lalu, namun tetap memilih untuk bersabar dan menyerahkan segala urusan kepada Allah SWT.
"Ini semua ketentuan Tuhan, tapi ingat… kami sentiasa berdoa semoga siapa yang menganiaya dan memfitnah kami akan menerima balasan. Kalau tidak ditunjukkan kifarahnya di dunia, Insya-Allah di akhirat pasti," ujarnya lagi.
Dalam masa sama, beliau berkata keluarga kini memberi tumpuan penuh terhadap adik arwah, yang kini di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
"Kami akan jaga dia. Kami minta JKM serahkan dengan ikhlas kepada kami kerana dia cucu kami. Kami sanggup buat apa sahaja untuk kebajikan dia," katanya.
Beliau menambah, isu hak jagaan Zahim akan diserahkan kepada peguam untuk tindakan lanjut namun menegaskan kenyataan hari ini dibuat semata-mata untuk menyuarakan luahan hati keluarga.
"Hati kami remuk. Hubungan kami dengan menantu sangat rapat... macam anak saya sendiri," tambahnya.
Topic Berkaitan
#Jabatan Kebajikan Masyarakat
#Zayn Rayyan
#penjara
#Penjara Kajang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan