MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 3 November 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 3 November 2025.
1. Yang di-Pertuan Agong berangkat ke Arab Saudi untuk lawatan negara
Lawatan ini mencatat sejarah sebagai kunjungan pertama Yang di-Pertuan Agong ke Arab Saudi sejak 1984.
2. Isteri mangsa tembak pulang ke Thailand, tidak dapat teruskan idah di Kelantan kerana trauma
Wanita yang sedang mengandungkan anak sulung itu pulang ke Golok, Thailand pada malam tadi untuk berada di samping keluarganya.
3. Bekas pemain Kelantan FA suspek kes tembak rakyat Malaysia di Golok serah diri
Suspek berusia 30-an itu memiliki dua kerakyatan, iaitu Thailand dan Malaysia.
4. Kes tembak rakyat Malaysia di Golok: Bekas pemain Kelantan FA ditahan bersama dua pistol
Suspek ditahan bersama dua pucuk pistol bagi membantu siasatan berhubung kes tembak rakyat Malaysia, Mohd Fuad Fahmie Ghazali di Sungai Golok di sini pada Sabtu.
5. PRN Sabah: GRS dijangka umum calon 11 atau 12 Nov
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dijangka mengumumkan senarai calon yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 pada 11 atau 12 Nov ini.
6. Perjanjian ART Malaysia-AS berat sebelah, memihak kepada kuasa luar - Tun M
Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Perjanjian Perdagangan Timbal Balik (ART 2025) yang ditandatangani antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) bersifat berat sebelah.
7. Akaun Instagram dikendalikan oleh Ebit sendiri - Saksi
Seorang saksi pendakwaan dalam perbicaraan kes gangguan seksual membabitkan Ebit Erawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew, memberitahu Mahkamah Majistret di sini hari ini bahawa akaun Instagram milik tertuduh dikendalikan oleh pendakwah itu sendiri.
8. Ibu Zayn Rayyan tak puas hati keputusan, fail rayuan di Mahkamah Tinggi
Ibu Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin, berhubung keputusan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, yang mensabitkan kesalahan dan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun kerana mengabaikan kanak-kanak autisme itu, dua tahun lalu.
9. Kesihatan PM Anwar semakin pulih
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keadaan kesihatan beliau beransur pulih serta mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraannya.
10. Merdeka 118 diiktiraf Bangunan Tinggi Terbaik dunia
Menara Merdeka 118 secara rasminya diiktiraf sebagai Bangunan Tinggi Terbaik (300 meter ke atas) oleh Council on Vertical Urbanism (CVU) sekali gus menandakan satu lagi pencapaian membanggakan Malaysia di pentas dunia.