awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
JDT kuasai perlawanan selepas permulaan sukar - Xisco Munoz
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kesihatan PM Anwar semakin pulih

Bernama
Bernama
03/11/2025
10:54 MYT
Kesihatan PM Anwar semakin pulih
"Healing (meluangkan masa) dengan cucu. Alhamdulillah, kian beransur pulih. Terima kasih atas doa semua," menurut hantaran itu hari ini. - Sumber foto/IG PM Anwar
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keadaan kesihatan beliau beransur pulih serta mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraannya.
Keadaan kesihatan terkini Anwar itu dimaklumkan menerusi hantaran di Facebook yang disertakan dengan sebuah video memaparkan Perdana Menteri sedang meluangkan masa dengan anak serta cucu perempuannya.
"Healing (meluangkan masa) dengan cucu. Alhamdulillah, kian beransur pulih. Terima kasih atas doa semua," menurut hantaran itu hari ini.
Semalam, Pejabat Perdana Menteri (PMO) memaklumkan Anwar terpaksa membatalkan lawatan kerja ke Pahang dijadualkan pada Ahad, atas nasihat pasukan perubatan setelah Perdana Menteri mengalami sakit belakang yang menyebabkan pergerakan beliau terbatas dan perlu mendapatkan rehat mencukupi.
View this post on Instagram
A post shared by Anwar Ibrahim (@anwaribrahim_my)
PMO memaklumkan, Perdana Menteri turut memohon maaf setulusnya khususnya kepada rakyat Pahang yang telah bersiap sedia menyambut kehadiran beliau.
Anwar berlepas pulang ke tanah air pada Sabtu selepas menamatkan lawatan kerja ke Korea Selatan, ketika beliau mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi (AELM) Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC), Jumaat lepas.
Sebelum itu, Perdana Menteri mempengerusikan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang dihadiri pemimpin-pemimpin dunia berpengaruh di ibu negara dari 26 hingga 28 Okt.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#PM Anwar beransur pulih
#Korea Selatan
#APEC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan