MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 08/11/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 8 November 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 8 November 2025.


1. Hubungan dua hala Malaysia-Bahrain berpotensi besar untuk ruang kerjasama - Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah, hubungan diplomatik serta jalinan persahabatan yang erat antara Malaysia dengan Bahrain berpotensi untuk ruang kerjasama yang lebih besar.



2. Malaysia kekal bebas dalam hubungan antarabangsa, perdagangan - PM Anwar

Malaysia kekal sebagai negara bebas dan berdaulat dalam menjalin hubungan antarabangsa tanpa tunduk kepada mana-mana kuasa besar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


3. Malaysia perkukuh diplomasi ekonomi, industri halal serta TVET di Shanghai

Lawatan kerja empat hari Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ke Shanghai berakhir dengan kejayaan dalam mengukuhkan lagi diplomasi ekonomi, perdagangan halal dan kerjasama dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Malaysia-China.


4. Ewon Benedick umum letak jawatan sebagai Menteri KUSKOP

Datuk Ewon Benedick mengumumkan peletakan jawatannya sebagai anggota Kabinet Persekutuan atas dasar prinsip dan pendirian berkaitan pelaksanaan hak 40 peratus hasil Sabah seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perlembagaan Persekutuan.


5. Institusi zakat perlu jadi tunjang pembasmi kemiskinan tegar - PM Anwar

Institusi zakat perlu lebih proaktif sebagai instrumen sosial yang mampu menyelesaikan masalah kemiskinan tegar sejajar dengan agenda Kerajaan MADANI yang berasaskan nilai ihsan dan tanggungjawab sosial Islam.


6. Proses damai Thailand-Kemboja: Malaysia nafikan tuduhan tidak berasas

Malaysia menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tidak berasas yang dibuat Mejar Jeneral (Bersara) Rangsi Kitiyansap dari Thailand, yang menuduh Malaysia dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai "tangan tersembunyi" atau "musuh dalam selimut" dalam proses rundingan damai Thailand-Kemboja.


7. PM Anwar rasmi UTC Seberang Perai, beri manfaat lebih sejuta penduduk sekitar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu merasmikan Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang terletak di Terminal Pengangkutan Penang Sentral, Butterworth.


8. Fokus utama jadikan Malaysia negara hebat - PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu semua kepimpinan negara dan negeri untuk bekerjasama dengan beliau, dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang hebat di persada dunia.


9. Waytha Moorthy mohon maaf kepada Anwar, akui kesilapan

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri P. Waytha Moorthy hari ini membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, susulan tindakannya mengeluarkan kenyataan tidak benar terhadap Anwar pada satu majlis bersama media, semalam.


10. Boling Padang Piala Dunia: Emma Firyana rangkul juara acara singles

Atlet wanita negara, Emma Firyana Saroji melakar sejarah tersendiri apabila merangkul gelaran juara acara singles pada Kejohanan Boling Padang Piala Dunia 2025 di sini hari ini.














#berita pilihan #tempatan #TVET #Hubungan dua hala