awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Waytha Moorthy mohon maaf kepada Anwar, akui kesilapan

Bernama
Bernama
08/11/2025
11:04 MYT
Waytha Moorthy mohon maaf kepada Anwar, akui kesilapan
Waytha Moorthy mengakui kesilapannya yang mendakwa Anwar tidak melanjutkan tempoh perkhidmatan Tengku Maimun, kerana beliau pernah membuat keputusan terhadap Perdana Menteri dalam kes rayuan di Mahkamah Rayuan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri P. Waytha Moorthy hari ini membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, susulan tindakannya mengeluarkan kenyataan tidak benar terhadap Anwar pada satu majlis bersama media, semalam.

Ringkasan AI
  • Waytha Moorthy memohon maaf secara terbuka kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim atas kenyataan tidak benar yang dibuat, yang mendakwa Anwar terlibat dalam kes rayuan di Mahkamah Rayuan.
  • Beliau mengakui kesilapannya setelah menyemak rekod rasmi kehakiman dan mendapati Tengku Maimun tidak pernah menjadi panel hakim dalam kes rayuan Anwar.
  • Permohonan maaf itu juga dihulur kepada Tengku Maimun dan pihak yang terkesan, sambil meminta agar kenyataan yang salah itu ditarik balik bagi mengelakkan penyebaran maklumat yang tidak tepat.

Dalam kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebooknya Waytha Moorthy mengakui kesilapannya yang mendakwa Anwar tidak melanjutkan tempoh perkhidmatan bekas Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat, kerana beliau pernah membuat keputusan terhadap Perdana Menteri dalam kes rayuan di Mahkamah Rayuan.
Ini kerana setelah menyemak semula rekod rasmi kehakiman pagi tadi beliau mendapati bahawa Tengku Maimun tidak pernah terlibat sebagai panel hakim dalam mana-mana kes rayuan Anwar.
"Saya dengan penuh tanggungjawab mengakui bahawa kenyataan tersebut adalah tidak benar dan ia berpunca daripada satu kesilapan jujur di pihak saya.
"Sehubungan itu, saya memohon maaf dengan setulus hati kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kesilapan fakta tersebut, serta sebarang salah tanggapan atau imej negatif yang mungkin telah timbul terhadap beliau akibat kenyataan saya itu," katanya.
Waytha Moorthy turut memohon maaf kepada Tengku Maimun dan mana-mana pihak yang mungkin terkesan dengan kenyataan tersebut, termasuk tetamu yang hadir dan mendengar ucapan beliau pada majlis semalam, sama ada secara langsung mahupun melalui rakaman atau siaran penstriman.
Justeru, beliau berharap sesiapa yang telah merakam atau menyiarkan kenyataan tersebut dapat memadam atau menarik balik bahagian berkenaan, bagi mengelakkan penyebaran maklumat yang tidak tepat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#P Waytha Moorthy
#mohon maaf
#kenyataan tidak benar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan