awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Boling Padang Piala Dunia: Emma Firyana rangkul juara acara singles

Bernama
Bernama
08/11/2025
14:15 MYT
Boling Padang Piala Dunia: Emma Firyana rangkul juara acara singles
Emma Firyana meraikan kemenangan selepas berjaya menewaskan England pada hari terakhir Kejohanan Piala Dunia Boling Padang 2025 di Kompleks Lawn Bowls, hari ini. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Atlet wanita negara, Emma Firyana Saroji melakar sejarah tersendiri apabila merangkul gelaran juara acara singles pada Kejohanan Boling Padang Piala Dunia 2025 di sini hari ini.

Ringkasan AI
  • Emma Firyana Saroji menjuarai Kejohanan Boling Padang Piala Dunia 2025 dengan kemenangan dramatik set 6-5 berbanding Kathrine Rednall dari England.
  • Kemenangan tersebut merupakan 'balas dendam' bagi Emma Firyana selepas kalah kepada lawan sama di peringkat kumpulan.
  • Sultan Terengganu turut menyaksikan aksi final yang menyaksikan Izzat Shameer Dzukeple menjuarai pingat gangsa dalam kategori singles lelaki.

Pada aksi penentuan emas berlangsung di Stadium Juara, Bukit Kiara, pemain ranking ke-12 dunia itu diberikan tentangan sengit pemain England, Kathrine Rednall, apabila terikat seri 5-5 pada set pertama sekali gus mengheret perlawanan ke set penentuan.
Di set penentuan, Kathrine yang menghuni ranking ke-43 dunia mendahului seketika dengan 3-2 sebelum atlet kelahiran Selangor itu bangkit memutlakkan kemenangan 6-5 di penghujung babak.
Kemenangan itu melunaskan misi 'balas dendam' Emma Firyana selepas tewas kepada lawan sama di peringkat kumpulan.
"Sangat gembira dan teruja dapat memenuhi misi saya untuk untuk menang pingat emas buat negara.
"Makna kemenangan ini sangat besar. Kalau ikutkan ini kali ketiga untuk tahun ini saya mewakili negara selepas dikeluarkan daripada skuad (semasa COVID-19)," katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan.
Terdahulu, Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin yang juga Penaung Diraja Persekutuan Boling Padang Malaysia (PLBM) berkenan menyaksikan aksi final tersebut.
Sementara itu, dalam kategori singles lelaki, Izzat Shameer Dzukeple terpaksa berpuas hati berkongsi pingat gangsa dengan wakil Australia, Corey Wedlock.
Satu lagi pingat gangsa kem boling pada negara disumbangkan Jariah Zakaria dalam acara singles para wanita, berkongsi dengan pemain Scotland, Pauline Wilson.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#boling padang
#pingat emas
#acara singles
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan