awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Neelofa rasmi pemegang saham majoriti syarikat teknologi gaya hidup TheNoor
Pokok tumbang: ETS laluan Sungkai-Slim River kembali beroperasi guna satu landasan - KTMB
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Institusi zakat perlu jadi tunjang pembasmi kemiskinan tegar - PM Anwar

Bernama
Bernama
08/11/2025
06:20 MYT
Institusi zakat perlu jadi tunjang pembasmi kemiskinan tegar - PM Anwar
Anwar berkata kerajaan memberikan perhatian serius terhadap penyelesaian isu kemiskinan tegar dan langkah itu perlu disokong oleh semua institusi Islam. - Gambar/ Bernama
BUKIT MERTAJAM: Institusi zakat perlu lebih proaktif sebagai instrumen sosial yang mampu menyelesaikan masalah kemiskinan tegar sejajar dengan agenda Kerajaan MADANI yang berasaskan nilai ihsan dan tanggungjawab sosial Islam.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sehubungan itu kerajaan memberikan perhatian serius terhadap penyelesaian isu kemiskinan tegar dan langkah itu perlu disokong oleh semua institusi Islam.
"Kadang-kadang kita anggap zakat sebagai satu ritual biasa iaitu bayar zakat tetapi lupa bahawa institusi sesebuah negara itu tertegak dengan institusi zakat dan dasar ekonomi yang mesti menyelesaikan masalah rakyat yang tersisih, terbiar, terpinggir serta termiskin.
"Sebegitu pentingnya soal zakat daripada konteks kemiskinan rakyat, tanggungjawab sosial atas manusia yang daif, zakat itu institusi penting," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Pembangunan Masjid MADANI Arowana Permatang Pauh di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#institusi zakat
#miskin tegar
#Kerajaan Madani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan