Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 13 November 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 13 November 2025.
Beliau mengakui, wujud sedikit rasa hiba sambil menyifatkan peralihan itu sebagai sesuatu yang tidak dapat dielakkan mengikut keperluan undang-undang.
Faisal Halim mencuri perhatian netizen selepas memuat naik gambar hitam putih tanpa kapsyen di Instagram, yang mengundang sokongan dan doa daripada peminat.
Siasatan awal mendapati semua migran berkenaan ditempatkan sementara di premis berkenaan sebelum diseludup keluar melalui laluan laut tidak sah di sekitar perairan Kuala Selangor.
GRS mengumumkan empat lagi calon yang bakal bertanding mewakili gabungan tersebut dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, melengkapkan keseluruhan 55 kerusi.
5. Kematian pempengaruh: Namewee dibebaskan dua minggu
5. Kematian pempengaruh: Namewee dibebaskan dua minggu
Namewee, penyanyi dan pengarah kontroversi, dibebaskan dengan jaminan polis dalam kes kematian seorang wanita warga Taiwan di Kuala Lumpur bulan lalu.
6. Malaysia kekal berdaulat, tidak tunduk pada kuasa asing - PM Anwar
6. Malaysia kekal berdaulat, tidak tunduk pada kuasa asing - PM Anwar
Malaysia tidak pernah tunduk dengan mana-mana kuasa asing dalam menentukan soal dasar luar serta hubungan dagang, sebaliknya negara ini kekal berdaulat dan bebas.
Polis mengesahkan dua daripada 13 individu yang ditahan kerana berhimpun di luar Istana Negeri, Kubang Kerian, Kota Bharu pada Selasa lepas, dikenal pasti sebagai bekas pengikut ajaran sesat Ayah Pin.
Dua buah trak membawa 1,600 guni tepung menerusi bantuan kemanusiaan yang dihantar Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) berjaya memasuki Gaza melalui sempadan Rafah dan diagihkan pada awal minggu lepas.
PETRONAS pada Khamis mengumumkan pelantikan Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif sebagai Penasihat Hartanah yang berkuat kuasa mulai 17 November 2025.
Presidennya, Datuk Ewon Benedick berkata, senarai calon akan diumumkan secara rasmi pada Sabtu ini, dengan beliau sendiri akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


