[TERKINI] Kematian pempengaruh: Namewee dibebaskan dua minggu
![[TERKINI] Kematian pempengaruh: Namewee dibebaskan dua minggu [TERKINI] Kematian pempengaruh: Namewee dibebaskan dua minggu](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://img.astroawani.com/2025-11/51763018225_tbHsiehYunHsinNa.jpg)
Namewee (kiri) dibebaskan sehingga 26 November ini sementara menunggu laporan bedah siasat mangsa diperoleh. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Penyanyi dan pengarah kontroversi, Namewee yang ditahan bagi membantu siasatan kes kematian seorang pempengaruh wanita warga Taiwan di sebuah hotel di ibu negara bulan lalu, dibebaskan dengan jaminan polis, pada Khamis.
Ringkasan AI
- Namewee, penyanyi dan pengarah kontroversi, dibebaskan dengan jaminan polis dalam kes kematian seorang wanita warga Taiwan di Kuala Lumpur bulan lalu.
- Peguam Negara menyatakan tiada bukti mengaitkan Namewee dengan kes pembunuhan tersebut selepas meneliti kertas siasatan.
- Namewee dipercayai mempunyai hubungan istimewa dengan mangsa yang ditemui mati dalam tab mandi di hotel di Jalan Conlay.
Sebelum ini, Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar memberitahu Astro AWANI, selepas meneliti kertas siasatan, Jabatan Peguam Negara mendapati tiada bukti menunjukkan lelaki berusia 42 tahun itu terlibat dalam kes pembunuhan tersebut.
Namun, katanya, sekiranya terdapat penemuan baharu hasil siasatan lanjut, pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya.
Namewee sebelum ini direman selama enam hari bermula 5 November, sebelum tempoh remannya disambung tiga hari lagi sehingga Khamis bagi membantu siasatan.
Berdasarkan siasatan awal, polis memaklumkan Namewee dipercayai mempunyai hubungan istimewa dengan mangsa, dan mereka dilaporkan pernah bersama ketika berada di luar negara sebelum kejadian berlaku.
Mangsa, Hsieh Yun Hsin, 33, ditemukan mati dalam tab mandi di bilik air sebuah hotel di Jalan Conlay, Kuala Lumpur, pada 22 Oktober lalu.
Mayatnya kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


