MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 26 November 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 26 November 2025.
1. PN gesa SPRM siasat dakwaan salah laku Shamsul Iskandar
Ahli-Ahli Parlimen Perikatan Nasional menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menjalankan siasatan segera, menyeluruh dan bebas berhubung dakwaan salah laku yang melibatkan peletakan jawatan Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin sebagai Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
2. Wakil Astro AWANI, Asri Shafii meninggal dunia selepas buat liputan banjir
"Ayah sayang semua, jaga diri baik-baik." Itu pesanan wakil Astro AWANI di Perlis, Mohamad Asri Shafii dalam bentuk 'voice note' diterima isterinya, Norhanani Ahmad sebelum dikejutkan dengan khabar duka suaminya meninggal dunia disyaki akibat serangan jantung.
3. PRN Sabah: KJ turun padang bantu kempen sahabat lama
Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turun ke Sabah bagi membantu menggerakkan kempen calon-calon yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri ke-17 Sabah bermula Rabu.
4. Gagal ke mahkamah, pengasas eHati dan kaunselor dikenakan waran tangkap
Mahkamah Tinggi Syariah mengeluarkan waran tangkap terhadap pengasas program motivasi rumah tangga eHati dan kaunselornya selepas gagal hadir ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan.
5. SPRM siasat tohmahan berkaitan bekas Setiausaha Politik PM
SPRM akan segera menjalankan siasatan berhubung tohmahan pemberian rasuah seorang ahli perniagaan kepada bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri.
6. Kes serang wartawan, polis tahan seorang individu
Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes serangan terhadap wartawan sukan dan Timbalan Presiden Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC) Haresh Deol, di Bangsar semalam.
7. Shamsul Iskandar dakwa difitnah, buat laporan polis terhadap Albert Tei
Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin hari ini membuat laporan polis terhadap ahli perniagaan, Albert Tei yang didakwa memfitnah serta melakukan konspirasi jahat dengan tujuan mencemarkan imej Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menjatuhkan kerajaan melalui cara tidak demokratik.
8. Golongan lelaki paling ramai bunuh diri, Selangor tertinggi - Hannah
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang mendedahkan perkara itu berkata, data sebenar hanya muncul apabila kes bunuh diri dilaporkan, dan angka itu menunjukkan lelaki khususnya belia bekerja bawah 40 tahun paling terjejas.
9. Malaysia tidak akan berjaya jika terus main sentimen negeri, daerah - PM Anwar
Negara tidak akan berjaya sekiranya kerajaan yang dibentuk terus memainkan sentimen kenegerian dan daerah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
10. Ahmad Zahid jangka kerajaan campuran terbentuk selepas PRN Sabah
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjangkakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 pada Sabtu ini tidak akan menyaksikan mana-mana parti memperoleh majoriti jelas, sekali gus membuka laluan kepada pembentukan kerajaan campuran.